Koleksi tembikar tradisional di Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu : satu penelitian awal terhadap reka bentuk dan corak

Suresh Narayanen, and Nasha Rodziadi Khaw, and Nur Nusaibah Mohd Nasir, and Thinesrraj Ramomurthy, and Esnita Sonie, and Nini Havela Dishong, (2022) Koleksi tembikar tradisional di Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu : satu penelitian awal terhadap reka bentuk dan corak. Jurnal Arkeologi Malaysia, 35 (2). pp. 1-25. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang hasil penelitian awal yang dijalankan terhadap koleksi tembikar tradisional yang terdapat di Muzium Negeri Kelantan (MNK), Kota Bharu, Kelantan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendokumentasikan jenis, bentuk dan ragam hias tembikar Mambong menggunakan kaedah analisis morfologi. Turut dianalisis dalam kajian ini adalah Kelantan. Antara ciri-ciri morfologi penting yang dianalisis dan direkodkan dalam kajian ini adalah ukuran tinggi, panjang, ukur keliling, bukaan mulut dan corak pada bahagian penutup, bibir, leher dan badan tembikar. Hasil penelitian mendapati terdapat lapan (8) jenis tembikar Mambong yang dihiasi dengan empat (4) jenis motif hiasan utama iaitu flora, fauna, elemen kosmos dan geometri. Setiap ragam hias ini boleh dibahagikan kepada beberapa sub-corak. Sebaliknya, tembikar tradisional dari Kampung Periok terdiri daripada satu jenis tembikar sahaja dan dihiasi dengan corak yang hampir sama dengan tembikar Mambong. Secara keseluruhannya, makalah ini telah menyumbang data dan maklumat baharu tentang koleksi tembikar tradisional yang terdapat di MNK, Kota Bharu, Kelantan. Hasil penelitian ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan ilmiah oleh penyelidik, pelajar dan komuniti yang berminat untuk mengenali seni dan budaya tembikar tradisional di Kelantan khususnya dari segi jenis tembikar, reka bentuk tembikar dan ragam hias tembikar.

Item Type:Article
Keywords:Tembikar tradisional; Muzium Negeri Kelantan; Analisis morfologi
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:20509
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Nov 2022 00:42
Last Modified:16 Nov 2022 00:58

Repository Staff Only: item control page