Hubungan awal Asia Tenggara dengan bangsa Turkic di India dari sudut sejarah dan Seni Islam

Muhammad Uzair Ismail, and Zuliskandar Ramli, and Ros Mahwati Ahmad Zakaria, (2022) Hubungan awal Asia Tenggara dengan bangsa Turkic di India dari sudut sejarah dan Seni Islam. Jurnal Arkeologi Malaysia, 35 (2). pp. 27-39. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
782kB

Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...

Abstract

Artikel mengenai peranan bangsa Arab dan Parsi dalam menyebarkan agama dan budaya Islam ke Asia Tenggara telah dibincangkan secara meluas dan mendalam oleh para sarjana. Meskipun begitu, peranan atau sumbangan bangsa Turkic di India sering dilupakan. Hubungan ini jelas sekali dinyatakan pada salah satu bukti arkeologi terawal yang dijumpai di wilayah Asia Tenggara, yakni tiang Champa (1035M) namun tidak diendahkan kerana terdapat pelbagai tafsiran daripada para sarjana yang meragui kesahihan inskripsi tersebut. Oleh itu, kajian ini akan menilai semula kepentingan tiang Champa dalam membincangkan Islam di Asia Tenggara melalui kajian kepustakaan dan analisis kritikal (critical analysis) terutamanya dari sudut sejarah serta budaya kesenian. Hasil penelitian menujukkan bahawa bangsa Turkic dari Dinasti Ghaznavid (977-1186M) di India serta Dinasti Rasulid (1229-1454M) di Yaman turut memainkan peranan dalam mempengaruhi budaya kesenian Islam di Asia Tenggara yang dipercayai telah bermula sekitar abad ke-11 Masihi. Hubungan bangsa Turkic dengan Asia Tenggara telah berlaku lebih awal daripada Dinasti Turki Othmaniyah yang dipercayai bermula pada abad ke-16 dan ke-19 Masihi. Perkara ini dibuktikan melalui catatan dokumen bertulis dan inskripsi serta jejak peninggalan seni pada batu nisan, istana, masjid dan madrasah. Justeru, takrifan “India” dalam konteks sejarah harus diteliti dan dinilai semula kerana ia sering digunakan untuk merujuk kepada kedudukan geografi sahaja. Perkara ini membuatkan peranan bangsa dan budaya Arab, Parsi dan Turkic yang merupakan golongan pemerintah di India tidak diketengahkan dalam membincangkan Islam di Asia Tenggara.

Item Type:Article
Keywords:Turkic; Seni Islam; Seni Melayu; Asia Tenggara; Tiang Champa
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:20510
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Nov 2022 01:02
Last Modified:16 Nov 2022 01:29

Repository Staff Only: item control page