Tapak Paleolitik Bukit Bunuh, Lenggong, Perak : isu dan masalah dalam pentarikhan

Nurul Syuhada Saad, and Mokhtar Saidin, and Nor Khairunnisa Talib, and Shyeh Sahibul Karamah Masnan, (2022) Tapak Paleolitik Bukit Bunuh, Lenggong, Perak : isu dan masalah dalam pentarikhan. Jurnal Arkeologi Malaysia, 35 (2). pp. 41-53. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
535kB

Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...

Abstract

Bukit Bunuh telah ditemui melalui projek khas pemetaan tapak-tapak arkeologi baru dan paleoalam di sekitar kawasan Lenggong pada tahun 2001. Bukit Bunuh merupakan tapak Paleolitik terbuka yang keluasannya mencapai 3 km2. Pentarikhan di Bukit Bunuh melibatkan dua kajian utama iaitu arkeologi dan geologi. Pentarikhan ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kronometrik seperti OSL, FT, ESR, K-Ar, U-Pb dan 40Ar-39Ar. Pentarikhan OSL dilakukan di dalam kajian arkeologi di Bukit Bunuh yang mana telah memberikan usia 490,000- 500,000; 270,000-320,000; 40,000 dan 30,000 tahun dahulu. Teknik pentarikhan ini dilakukan pada lapisan kebudayaan in-situ di dalam petak ekskavasi yang telah berlangsung pada tahun 2001, 2003, 2008 dan 2010. Namun menurut kajian julat usia untuk teknik pentarikhan OSL adalah sekitar 450,000 tahun dahulu. Pentarikhan untuk kajian geologi pula telah dilakukan terhadap batuan impaktit di Bukit Bunuh untuk menentukan usia impak meteorit yang telah berlaku di kawasan tersebut. Pentarikhan melalui kaedah FT terhadap alat batu dalam batuan suevit memberikan tarikh sekitar 1.83 juta tahun dahulu. Namun begitu, beberapa kaedah lain yang digunakan seperti ESR, K-Ar, U-Pb dan 40Ar-39Ar telah memberikan usia yang berbeza dan jauh lebih tua iaitu sekitar ~305 hingga 1.34 juta tahun dahulu yang mana menunjukkan usia batuan dasar di kawasan kajian seperti usia batuan granit Trias. Namun jumpaan alat batu dalam suevit telah mencadangkan bahawa usia impak meteorit yang berlaku di Bukit Bunuh tidak berkemungkinan lebih tua daripada zaman Kuaterner. Maka makalah ini, akan mengupas isu dan masalah yang berlaku dalam kajian pentarikhan terutama bagi julat usia berkesan teknik pentarikhan yang digunakan di samping kekangan yang dihadapi oleh teknik pentarikhan tersebut. Pentarikhan yang berjaya dilakukan akan mengisi rompong usia dan memberikan sumbangan dalam kronologi prasejarah di Kompleks Paleolitik Bukit Bunuh.

Item Type:Article
Keywords:Bukit bunuh; Paleolitik; Pentarikhan; Suevit; Meteorit
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:20511
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Nov 2022 01:16
Last Modified:16 Nov 2022 01:30

Repository Staff Only: item control page