Tembikar mambong di Sungai Galas, Kelantan : satu penelitian terhadap teknologi tradisional berdasarkan analisis teks dan analisis makmal

Thinesrraj Ramomurthy, and Suresh Narayanen, and Nasha Rodziadi Khaw, and Esnita Sonie, and Nur Nusaibah Mohd Nasir, (2022) Tembikar mambong di Sungai Galas, Kelantan : satu penelitian terhadap teknologi tradisional berdasarkan analisis teks dan analisis makmal. Jurnal Arkeologi Malaysia, 35 (2). pp. 55-76. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...

Abstract

Perusahaan tembikar secara tradisional di Kelantan dipercayai telah wujud lebih 170 tahun yang lepas di Kampung Mambong iaitu sebuah penempatan Melayu yang terletak di Sungai Galas, daerah Kuala Krai. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa kajian-kajian terdahulu tentang tembikar Mambong sering kali mencampur-adukkan perbincangan antara pembuatan tembikar tradisional dan tembikar moden sehingga menyebabkan kekeliruan dalam kalangan penyelidik atau pembaca. Oleh yang demikian, kajian ini membincangkan secara mendalam tentang teknologi tradisional yang digunakan untuk membuat tembikar di Kampung Mambong. Metodologi kajian ini berlandaskan pada dua kaedah iaitu analisis teks dan analisis makmal. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa teknik dan peralatan digunakan secara turun-temurun oleh pembuat tembikar Mambong untuk membuat tembikar tradisional. Tiga teknik utama yang digunakan adalah teknik cubit dan picit, teknik lingkaran dan teknik cantuman. Peralatan membuat tembikar pula terdiri daripada alat pemukul kayu, batu sungai dan beberapa alat buluh yang digunakan khasnya untuk mengemas dan menghias tembikar. Secara keseluruhannya, kajian ini telah menyajikan satu diskusi yang jelas dan sistematik tentang tradisi dan teknologi awal yang digunakan untuk membuat tembikar tradisional di Kampung Mambong. Usaha-usaha bagi memelihara tradisi tembikar Mambong harus diambil segera agar warisan budaya ini terus kekal lestari dan menjadi ikon kebanggaan bukan sahaja bagi rakyat Kelantan bahkan seluruh rakyat Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Tembikar Mambong; Kelantan; Teknologi; Tradisi; Lestari
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:20512
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Nov 2022 01:21
Last Modified:16 Nov 2022 01:31

Repository Staff Only: item control page