Alexander Stark, and Khuzaiton Zakaria, and Yohan Kurniawan, (2022) Pemikiran Hamka tentang cara hidup matrilineal masyarakat Minangkabau. Jurnal Melayu, 21 (2). pp. 1-15. ISSN 1675-7513
|
PDF
555kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1548
Abstract
Profesor Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) ialah seorang ulama Islam yang terkenal. Beliau telah menerbitkan banyak buku tentang teologi Islam, dan beliau juga menulis novel. Hamka dilahirkan di Sumatera Barat, dan beliau juga mempunyai pandangan tentang keadaan hidup matrilineal di kawasan itu. Persepsi beliau agak penting kerana ia menggabungkan kedua-dua perspektif Islam dan pandangan emik tempatan tentang cara hidup matrilineal. Penyelidikan ini ingin menawarkan sudut pandangan lain yang melangkaui perspektif yang diterbitkan oleh ahli antropologi. Para penyelidik menggunakan pendekatan fenomenologi yang merangkumi konsep dunia kehidupan (life-world) daripada Alfred Schutz dan Thomas Luckmann. Dengan kaedah kajian ini, pengkaji mendapat gambaran bagaimana Hamka menghuraikan dan menggambarkan cara hidup matrilineal di Sumatera Barat dan mengapa beliau melakukannya dengan cara itu. Para penyelidik telah membezakan antara penerbitan Hamka yang berbentuk fiksyen dengan yang bukan fiksyen. Dunia kehidupan dikesan memainkan peranan penting apabila Hamka menulis buku-bukunya. Apabila beliau berpindah dari Sumatera Barat, beliau dapat merenung keadaan masyarakat Minangkabau. Walau bagaimanapun, bukan sahaja perubahan elemen spatial adalah penting dalam pemikiran Hamka, tetapi juga komponen temporal. Hamka menjadi seorang yang berpengaruh baik iaitu sebagai seorang penulis dan juga sebagai seorang ulama Islam. Gagasan pembaharuan Islam dapat dilihat dalam penilaiannya terhadap elemen matrilineal masyarakat Minangkabau.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dunia kehidupan (life-world); Fenomenologi; Hamka; Minangkabau; Sumatera Barat |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 20515 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Nov 2022 03:13 |
Last Modified: | 16 Nov 2022 02:45 |
Repository Staff Only: item control page