Munshi Abdullah, konfusianisme Melaka dan keterlibatan dalam polemik identiti ‘Sianu’

Xu, Qiongwen and Aiza Maslan @ Baharudin, and Mohd Syahmir Alias, (2022) Munshi Abdullah, konfusianisme Melaka dan keterlibatan dalam polemik identiti ‘Sianu’. Jurnal Melayu, 21 (2). pp. 96-114. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
757kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1548

Abstract

Dilahir serta dibesarkan di Melaka pada sekitar abad ke-19 menyebabkan Munshi Abdullah disifatkan mempunyai hubungan yang agak rapat dengan paderi British yang dihantar oleh London Missionary Society (LMS) ke Melaka. Keakraban tersebut secara tidak langsung menyebabkan para sarjana mengaitkan Munshi Abdullah dengan kefahaman beliau tentang pemikiran Konfusianisme dan penglibatan dalam karya-karya terbitan paderi British, terutamanya jurnal The Indo-Chinese Gleaner. Sebahagian daripada isi artikel karya ‘Sianu’ yang disiarkan dalam jurnal berkenaan disifatkan mempunyai persamaan dengan Hikayat Abdullah. Justeru itu, tidak mustahil nama pena ‘Sianu’ mencetuskan polemik tentang identiti sebenar ‘Sianu’ yang turut melibatkan Munshi Abdullah. Artikel ini akan menggalurkan hubungan Munshi Abdullah dan Konfusianisme Melaka dalam konteks kedatangan paderi British serta persekitaran majmuk Melaka pada awal abad ke-19 Masihi. Tulisan ini seterusnya akan mengkaji Munshi Abdullah dan hubungannya dengan polemik identiti ‘Sianu’. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang berpandukan pendekatan analisis tekstual melibatkan Hikayat Abdullah dan artikel-artikel ‘Sianu’ yang tersiar dalam jurnal The Indo-Chinese Gleaner. Dapatan kajian menunjukkan bahawa besar kemungkinan Munshi Abdullah pernah mengetahui tentang Konfusianisme daripada Konfusianisme Melaka, guru Cina bagi paderi-paderi British dan masyarakat Cina tempatan. Kajian ini juga mendapati bahawa identiti ‘Sianu’ mungkin merujuk kepada Claudius Henry Thomsen dan Munshi Abdullah merupakan pemberita dan penterjemah bagi karya-karya Claudius Henry Thomsen semasa beliau menulis artikel-artikel untuk The Indo-Chinese Gleaner.

Item Type:Article
Keywords:Konfusianisme Melaka; Munshi Abdullah; Paderi British; Sianu; The Indo-Chinese Glean
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:20520
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Nov 2022 03:57
Last Modified:16 Nov 2022 02:52

Repository Staff Only: item control page