Kedah Tua sebagai pelabuhan kuno perdagangan antarabangsa antara abad ke-2M sehingga 13M : lambang ketamadunan bangsa Melayu

Noor Syahidah Mohamad Akhir, and Syaimak Ismail, and Aemy Aziz, and Muhammad Saiful Islam Ismail, (2022) Kedah Tua sebagai pelabuhan kuno perdagangan antarabangsa antara abad ke-2M sehingga 13M : lambang ketamadunan bangsa Melayu. Jurnal Melayu, 21 (2). pp. 115-132. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
738kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1548

Abstract

Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan Melayu lama yang wujud sejak zaman protosejarah lagi. Penemuan pelbagai artifak dan candi oleh pengkaji arkeologi antaranya tapak ritual, tapak peleburan besi dan pelabuhan kuno membuktikan masyarakat Kedah Tua mempunyai peradaban yang tinggi. Justeru, kajian ini telah menarik perhatian pengkaji untuk menfokuskan faktor kemunculan Kedah Tua sebagai pelabuhan kuno perdagangan antarabangsa antara abad ke-2 masihi sehingga abad ke-13 masihi. Periodisasi sepanjang 1100 tahun ini menyaksikan era kecemerlangan kerajaan Kedah Tua khususnya dari aspek perdagangan dengan tamadun luar antaranya China, India dan Arab. Kajian konseptual ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan metod sejarah. Tinjauan literatur terhadap kajian-kajian arkeologi dianalisis dan ditulis berdasarkan intrepretasi sejarah. Hasil kajian ini mendapati kedudukan geografi Kedah Tua, sistem transaksi perdagangan yang cekap, naungan kekuasaan empayar dan hasil komoditi tempatan menjadi pemacu kepada faktor kemunculan Kedah Tua sebagai pelabuhan kuno perdagangan antarabangsa antara abad ke-2 masihi sehingga abad ke-13 masihi. Implikasi penyelidikan ini meningkatkan jatidiri bangsa Melayu rentetan pembuktian kajian bahawa masyarakat Kedah Tua sebagai tamadun bangsa yang hebat.

Item Type:Article
Keywords:Perdagangan antarabangsa; Pelabuhan; Kedah Tua; Lembah Bujang; Tamadun
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:20521
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Nov 2022 04:06
Last Modified:16 Nov 2022 07:48

Repository Staff Only: item control page