Aplikasi keluli tahan karat sebagai elektrod logam di dalam sistem bioelektrokimia

Raba’atun Adawiyah Shamsuddin, and Mimi Hani Abu Bakar, and Rozan Mohamad Yunus, and Wan Ramli Wan Daud, and Jamaliah Md. Jahim, and Wan Syaidatul Aqma Wan Mohd Noor, (2018) Aplikasi keluli tahan karat sebagai elektrod logam di dalam sistem bioelektrokimia. Jurnal Kejuruteraan, 1 (1(SI)). pp. 65-75. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-1-1-2018/

Abstract

Kertas kerja ini meninjau akan penggunaan dan prestasi terkini beberapa jenis logam sebagai elektrod dalam pembangunan sistem bioelektrokimia (BES) termasuk sel bahan api mikrob (MFC) dan sel elektrolisis mikrob (MEC). Elektrod konvensional yang berasaskan karbon biasanya digunakan sebagai anod atau katod disebabkan struktur bahan berliang dan paling sesuai untuk pertumbuhan bakteria aktif elektrokimia (EAB). Walau bagaimanapun, perkembangan baru menunjukkan penggunaan elektrod logam mampu menghasilkan ketumpatan arus yang lebih tinggi dan kuasa maksimum daripada karbon, kerana sifat-sifat logam seperti kekonduksian yang tinggi dan kekuatan mekanikal, anti-karat serta kestabilan struktur kimia. Strategi pengubahsuaian permukaan logam menggalakkan perlekatan EAB serta meningkatkan tahap biokompatibiliti atau pemindahan elektron di antara sel bakteria dan elektrod. Di samping itu, kos efektif serta mudah beroperasi untuk jangka masa panjang merupakan faktor penyumbang kepada penggunaan elektrod logam. Dari kajian yang dijalankan sehingga kini, keluli tahan karat merupakan logam yang sering digunakan dalam pembangunan BES.

Item Type:Article
Keywords:Sistem bioelektrokimia; Elektrod; Logam; Keluli tahan karat; Karbon
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:20532
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Nov 2022 07:51
Last Modified:16 Nov 2022 09:02

Repository Staff Only: item control page