Saidatul Nornis Hj. Mahali, and Aishah Tamby Omar, and Wong, Mee Mee (2022) Domain dan pemilihan bahasa generasi muda Murut di daerah Keningau, Sabah. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 22 (3). pp. 119-138. ISSN 1675-8021
|
PDF
258kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1539
Abstract
Masyarakat Murut di Keningau merupakan salah satu etnik di Pedalaman Sabah. Dalam beberapa kajian lepas, banyak bahasa etnik di Sabah dilaporkan berdepan dengan isu keterancaman bahasa akibat arus pemodenan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pilihan bahasa yang digunakan oleh generasi muda Murut ketika berkomunikasi dalam domain keluarga, persahabatan dan pendidikan. Kajian ini mengaplikasikan kerangka domain dan pilihan bahasa yang diperkenalkan oleh Fishman (1972b). Seramai 37 pelajar sekolah menengah etnik Murut telah dipilih sebagai responden kajian. Data diperoleh melalui borang soal selidik yang mengandungi empat bahagian, iaitu demografi, domain keluarga, domain persahabatan dan domain pendidikan. Memandangkan ini adalah kajian kuantitatif, maka data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27. Hasil kajian mendapati perubahan pilihan bahasa telah berlaku dalam kalangan penutur remaja etnik Murut kerana setiap hari mereka bertembung dengan individu berbeza. Selain itu, didapati bahasa Ibunda dan dialek Melayu Sabah merupakan pilihan bahasa utama dalam kalangan generasi muda Murut ketika berkomunikasi sesama ahli keluarga. Manakala, dialek Melayu Sabah merupakan bahasa diguna ketika berkomunikasi dalam domain persahabatan. Senario sama dipaparkan melalui domain pendidikan, yakni dialek Melayu Sabah sebagai pilihan generasi muda etnik Murut untuk berkomunikasi dengan rakan sekolah. Daripada dapatan analisis, ia jelas menunjukkan bahawa generasi muda etnik Murut akan “menukar” penggunaan bahasa mengikut keperluan atau persekitaran mereka. Walaupun kini dialek Melayu Sabah kerap diguna dalam kalangan penutur remaja Murut, namun mereka masih mempunyai tanggapan positif terhadap bahasa Ibunda dan daya tahan bahasa Murut sebagai bahasa Ibunda masih utuh dan berada di tahap yang selamat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dialek Melayu Sabah; Domain bahasa; Keningau, Sabah; Murut; Pilihan bahasa |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 20556 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Nov 2022 01:18 |
Last Modified: | 27 Nov 2022 16:57 |
Repository Staff Only: item control page