Pemilihan bahasa dalam situasi rasmi di pejabat kerajaan

Mohammed Azlan Mis, and Nur Syafiqah Muhammad Situl, (2022) Pemilihan bahasa dalam situasi rasmi di pejabat kerajaan. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 22 (3). pp. 213-235. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
612kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1539

Abstract

Kajian ini mengkaji pemilihan bahasa oleh kakitangan kerajaan semasa bertugas di kaunter perkhidmatan pelanggan, bilik perbincangan dan tugasan harian di pejabat kerajaan Putrajaya. Sebagai kakitangan kerajaan yang menawarkan perkhidmatan yang pelbagai kepada pelbagai masyarakat, mereka perlu memastikan komunikasi dengan pelanggan adalah sentiasa baik dengan memilih bahasa yang sesuai antara mereka. Pemilihan bahasa yang kurang sesuai akan menjejaskan imej dan mutu kerja sesebuah pejabat kerajaan. Kaedah kajian ini adalah berlandaskan kajian lapangan, iaitu pengedaran borang soal selidik dan kaedah rakaman temu bual dengan responden. Jumlah sampel kajian ini adalah 400 orang kakitangan kerajaan, iaitu 320 orang kakitangan berbangsa Melayu, 40 orang Cina dan 40 orang India. Dapatan kajian membuktikan bahawa pemilihan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah utama dan cenderung untuk digunakan di kaunter perkhidmatan pelanggan, bilik perbincangan dan tugasan harian. Selain itu, didapati bahawa terdapat kakitangan kerajaan hanya memilih satu bahasa sahaja, di samping ada yang memilih dua bahasa dan juga tiga bahasa semasa mereka bertugas di pejabat. Kakitangan berbangsa Melayu memilih bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan pelanggan Melayu dan bahasa rojak Melayu dan Inggeris semasa berkomunikasi dengan pelanggan Cina, India dan lain-lain. Kakitangan berbangsa Cina dan India pula cenderung menggunakan bahasa ibunda mereka dengan pelanggan sesama kaum dan sebaliknya.

Item Type:Article
Keywords:Pekerjaan; Putrajaya; Pemilihan bahasa; Berinteraksi; Pejabat
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:20561
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Nov 2022 01:43
Last Modified:27 Nov 2022 17:02

Repository Staff Only: item control page