Nurain Abdul Rahhim, and Nor Jana Saim, (2022) Kajian terhadap mahasiswa B40 di Universiti Kebangsaan Malaysia : tahap tekanan dan pengaruhnya terhadap prestasi akademik. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (4). pp. 1-16. ISSN 2600-9501
|
PDF
260kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...
Abstract
Tekanan merupakan fitrah lazim yang boleh berlaku kepada setiap manusia, termasuklah mahasiswa universiti. Tekanan yang tidak dikawal dengan baik boleh mempengaruhi keseimbangan dalam kehidupan seseorang mahasiswa, termasuklah prestasi akademik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap tekanan, faktor dan pengaruhnya terhadap prestasi akademik dalam kalangan mahasiswa B40 di UKM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk tinjauan secara kuantitatif. Seramai 302 orang mahasiswa B40 yang sedang mengikuti pengajian di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah dipilih sebagai responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif dan ujian regresi linear pelbagai. Analisis deskriptif kajian menunjukkan bahawa majoriti responden menunjukkan tahap tekanan yang sederhana (67.2 peratus). Selain itu, ujian regresi pula mendapati bahawa aspek pembelajaran dan peribadi menyumbang secara signifikan sebagai faktor tekanan iaitu sebanyak 17.5 peratus. Menariknya hasil ujian ini juga mendapati, tekanan tidak mempengaruhi prestasi akademik mahasiswa B40 (nilai F = 0.581 dengan nilai signifikasi 0.446 b > 0.05). Hasil kajian diharap dapat memberi input kepada beberapa pihak berkepentingan terutamanya pihak pengurusan tertinggi universiti, FSSK dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi meningkatkan usaha untuk mewujudkan pelbagai inisiatif dan program yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan diri mahasiswa B40 secara menyelur
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tekanan; Mahasiswa B40; Prestasi akademik; Pelajar kurang berkemampuan |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20562 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Nov 2022 03:12 |
Last Modified: | 27 Nov 2022 17:07 |
Repository Staff Only: item control page