Pemilihan bahasa suku kaum Melanau di Mukah, Sarawak

Nurul Syahirah Batjo, and Mohammed Azlan Mis, (2022) Pemilihan bahasa suku kaum Melanau di Mukah, Sarawak. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (4). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
238kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Kepelbagaian suku kaum di negeri Sarawak menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri bermultibahasa. Setiap kaum akan bertutur menggunakan bahasa ibunda masing-masing meskipun bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Salah satu suku kaum utama ialah suku kaum Melanau. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pilihanbahasa yang digunakan oleh suku kaum Melanau Mukah dalam pertuturan harian mereka. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa serta kesan daripada fenomena pilihan bahasa terhadap perkembangan bahasa. Responden kajian merupakan masyarakat Melanau yang menetap di daerah Mukah, Sarawak yang terdiri daripada 50 orang. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif melalui pendekatan kuantitatif dalam mengumpul data yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah soal selidik digunakan untukmendapatkan maklumat tentang pilihan bahasa oleh masyarakat Melanau Mukah dalam pertuturan harian mereka berdasarkan kerangka Teori Domain oleh Fishman (1972). Seseorang itu boleh memilih satu atau beberapa bahasa untuk digunakan ketika berkomunikasi dalam satu domain. Penerapan Teori Domain oleh Fishman (1972) dijadikan kayu ukur dalammenganalisis data pemilihan bahasa dalam suku kaum Melanau di Mukah Sarawak. Hasil daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa masyarakat Melanau Mukah dominan memilih Bahasa Melanau Mukah dan Dialek Melayu Sarawak sebagai bahasa perhubungan yang utama. Kajian yang dilakukan ini dapat memberi sumbangan kepada negara danmasyarakat khususnya dalam mengekalkan perpaduan dari segi bahasa dan budaya lebih- lebih lagi Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan kaum. Oleh itu, kajian ini memainkan peranan yang besar terhadap negara dan masyarakat terutamanya di dalam bidang bahasa.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan bahasa; Melanau; Bahasa Melanau; Domain; Mukah
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20563
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Nov 2022 03:22
Last Modified:27 Nov 2022 17:08

Repository Staff Only: item control page