Pandangan belia terhadap isu sosioekonomi dan politik di kawasan DUN Peramu Jaya, Pekan, Pahang

Balqis Farhana Ismayuddin, and Junaidi Awang Besar, (2022) Pandangan belia terhadap isu sosioekonomi dan politik di kawasan DUN Peramu Jaya, Pekan, Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (4). pp. 1-20. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
394kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun telah memberi tanggungjawab baru yang besar kepada belia di Malaysia. Hak mengundi ini telah membuka ruang bagi golongan ini untuk menilai, bersuara dan memilih bagi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Perkara ini turut mengukuhkan lagi peranan golongan belia dalam menentukan dan membentuk masa depan negara. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan kertas kerja ini untuk menganalisis pandangan belia terhadap isu sosioekonomi dan politik di kawasan DUN Peramu Jaya, Pekan, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan soal selidik, temu bual, pemerhatian lapangan, kajian perpustakaan dan kajian atas talian. Data-data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25. Hasil kajian mendapati 68 peratus responden belia di kawasan kajian mengambil tahu mengenai isu sosioekonomi dan politik. Seterusnya, 38 peratus responden menyatakan bahawa media merupakan faktor yang mempengaruhi pandangan mereka dan 92 peratus responden bersetuju penggunaan media sosial seperti Whatsapp, Facebook dan lain-lain menarik minat mereka untuk mengambil tahu isu sosioekonomi dan politik. Di samping itu, 78 peratus responden bersetuju bahawa pandangan mereka terhadap isu sosioekonomi dan politik memberi kesan terhadap pilihan politik mereka. Kesimpulannya, kepentingan kajian ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, data tambahan dan sebagai rujukan kepada pihak berkaitan mengenai kelompok belia khususnya dalam bidang politik dan pilihan raya di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Belia; Parti politik; Pilihan raya; Sosioekonomi; Partisipasi politik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20566
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Nov 2022 04:12
Last Modified:27 Nov 2022 17:12

Repository Staff Only: item control page