Demokrasi siber di Malaysia pasca Pilihan Raya Umum Ke-10

Shaily Yasmin Abdullah, and Sharifah Nursyahidah Syed Annuar, (2022) Demokrasi siber di Malaysia pasca Pilihan Raya Umum Ke-10. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (4). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
284kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Perkembangan Internet di dunia sedikit sebanyak menyumbang kepada Gelombang Pendemokrasian Ketiga. Fenomena tersebut merupakan sebuah proses transformasi sistem demokrasi ke arah pemerintahan yang bercorakkan demokrasi siber. Demokrasi siber merupakan bentuk kebebasan dalam dunia maya apabila seseorang dapat mengemukakan pandangan di mana-mana platform Internet tanpa sekatan. Malaysia juga sedang mengalami proses demokrasi siber tersebut sejak dari tahun 1999 ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10. Ia berikutan daripada gerakan Reformasi yang berjuang atas isu pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan pemenjaraan Anwar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan fenomena demokrasi siber di Malaysia pasca PRU ke-10 sehingga kini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dengan mendapatkan sumber bahan sekunder seperti buku, jurnal dan artikel. Kajian ini mendapati bahawa berlakunya evolusi platform media dari media tradisional iaitu media cetak kepada media baharu iaitu media sosial dalam mendapatkan maklumat politik dan seterusnya mencetuskan pendemokrasian maklumat yang lebih pantas. Antara media baharu yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia ialah Facebook, Twitter dan Malaysiakini. Kajian ini juga mendapati bahawa pendukung demokrasi siber tidak terhad kepada mana-mana golongan usia. Namun, belia merupakan antara pengguna media baharu yang signifikan dengan demokrasi siber kerana mereka lebih mudah mengadaptasi perubahan teknologi, mengaplikasi kemudahan teknologi maklumat dan seterusnya memberikan kesan terhadap pendemokrasian di Malaysia. Kesimpulannya, perkembangan demokrasi siber di Malaysia sedikit sebanyak menyumbang kepada pendemokrasian dengan berlakunya pertukaran rejim pada peringkat persekutuan menerusi PRU ke-14.

Item Type:Article
Keywords:Internet; Demokrasi siber; Pendemokrasian; Media baharu; Belia
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20567
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Nov 2022 04:17
Last Modified:27 Nov 2022 17:14

Repository Staff Only: item control page