Anis Auni Zulkifli, and Noremy Md Akhir, (2022) Kesan psikososial terhadap mangsa yang dijangkiti positif Covid-19 dalam kalangan orang dewasa : kajian kes di Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (4). pp. 1-10. ISSN 2600-9501
|
PDF
200kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam kalangan orang dewasa di Kelantan semasa menjalani kehidupan seharian mereka ketika mereka dalam keadaan positif Coronavirus (COVID-19). Sepanjang penyebaran wabak Coronavirus (COVID-19) melanda di negara ini, rakyat perlu menempuhi kehidupan dengan norma yang baharu. Kegiatan seharian juga tidak lagi normal seperti dahulu kala. Tambahan lagi bagi pesakit yang positif Coronavirus (COVID-19), mereka perlu menjalani proses kuarantin yang ketat untuk mengurangkan jangkitan kepada individu lain. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk fenomenologi dan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan analisis tematik. Kajian ini melibatkan lapan orang golongan dewasa peringkat umur lingkungan umur 30 an sehingga50 an. Kajian ini juga telah dijalankan di Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkajikesan psikososial dalam kalangan orang dewasa dan telah menghasilkan sebanyak lima tema utama iaitu kesan terhadap fizikal, kesan terhadap mental dan emosi, masalah yang dihadapi ketika menjalani kehidupan seharian di pusat kuarantin, penerimaan terhadap situasi individu tersebut ketika mendapat tahu positif Coronavirus (COVID-19) dan perubahan yang ketara terhadap psikososial semasa menghadapi positif Coronavirus (COVID-19) . Kajian yang terhasil ini diharapkan dapat menjadi panduan serta rujukan kepada pihak yang berkepentingan untuk tujuan penambahbaikan kepada pengkaji akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kesan psikososial; Orang dewasa; Pesakit positif Covid-19; Kelantan |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20568 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Nov 2022 04:20 |
Last Modified: | 27 Nov 2022 17:15 |
Repository Staff Only: item control page