Tahap pengetahuan, sikap dan penerimaan vaksin Covid-19 dalam kalangan mahasiswa

Nurul Izyan Husna Ibrahim, and Yew Wong, Chin (2022) Tahap pengetahuan, sikap dan penerimaan vaksin Covid-19 dalam kalangan mahasiswa. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (4). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
255kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Vaksin SARS-CoV-2 telah diiktiraf secara meluas kerana peranannya dalam mengurangkan keseriusan dan kematian yang disebabkan oleh COVID‑19 dengan merangsang sistem imun badan agar boleh bertindak balas terhadap jangkitan COVID-19 telah mendorong banyak negara melaksanakan pelan pengedaran vaksin secara berperingkat. Walau bagaimanapun, hanya sebanyak 79.05% daripada rakyat Malaysia telah menerima vaksin setakat 13 Disember2021, manakala hanya kira-kira 83% daripada 1.15 juta mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi(IPT) telah menerima dos lengkap vaksin COVID-19 setakat 01 Oktober 2021. Oleh itu, kajianini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan, sikap dan penerimaan vaksin COVID-19 dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian yang telah dijalankan di UKM kampus induk Bangi ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu dengan menjalankan sesi temu bual berbantukan komputer ke atas lima belas orang mahasiswa. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan mahasiswa terhadap vaksin COVID-19 adalah tinggi (48%) di mana mereka boleh menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan vaksin tersebut. Mereka juga menunjukkan sikap yang positif (65%) terhadap vaksin yang seterusnya diterjemahkan dalam tahap penerimaan yang tinggi (89%). Dapatan kajian ini memainkan peranan penting dalam melihat tahap kesediaan mahasiswa IPT untuk menerima vaksin COVID-19 di samping memberikan gambaran mengenai sikap semasamereka terhadap usaha vaksinasi yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Vaksin COVID-19; Pandemik; Mahasiswa; Institusi Pengajian Tinggi; SARS-CoV-2
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20569
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Nov 2022 04:25
Last Modified:27 Nov 2022 17:16

Repository Staff Only: item control page