Implikasi perkembangan pembangunan bandar terhadap sosioekonomi dan kesejahteraan penduduk di Bandar Tanah Merah, Kelantan

Norshahirah Md Gazali, and Mohd Azlan Abdullah, (2022) Implikasi perkembangan pembangunan bandar terhadap sosioekonomi dan kesejahteraan penduduk di Bandar Tanah Merah, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (4). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
272kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Pembangunan bandar yang belaku di Bandar Tanah Merah, Kelantan iaitu daripada sebuah pekan yang kecil kepada sebuah bandar yang membangun boleh memberi pelbagai implikasi yang positif kepada penduduk. Namun, kesan daripada pembangunan itu juga turut memberi kesan kepada sosioekonomi dan kesejahteraan hidup penduduk. Justeru, kertas kajian ini bertujuan untuk membincangkan faktor perkembangan pembangunan yang berlaku di Bandar Tanah Merah dan kesan terhadap pembangunan tersebut serta tahap kesejahteraan penduduk di Bandar Tanah Merah. 100 orang responden telah terlibat dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Packages for Social Sciences). Hasil kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar responden bersetuju bahawa pembangunan yang dijalankan memberi implikasi yang positif terhadap sosioekonomi mereka seperti peningkatan pendapatan, perkembangan peluang pekerjaan dan peningkatan kemudahan. Kajian ini mendapati terdapat kesan negatif dan positif kepada penduduk setempat. Mereka juga bersetuju bahawa faktor- faktor yang mempengaruhi pembangunan bandar di Tanah Merah adalah peningkatan penduduk, sistem pengangkutan, kewujudan sektor pekerjaan, peningkatan kemudahan dan peranan kerajaan. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kesejahteraan penduduk berada pada tahap yang tinggi. Penemuan ini dapat membantu agensi-agensi berkaitan dalam merancang dan menambah baik pembangunan yang bakal dijalankan dan sedia ada pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Pembangunan; Bandar; Sosioekonomi; Kesejahteraan; Bandar Tanah Merah
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20570
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Nov 2022 04:29
Last Modified:27 Nov 2022 17:17

Repository Staff Only: item control page