Amirah Ruzanah Abdullah, and Muhamad Nadzri Mohamed Noor, (2022) UMNO dan politik identiti pasca PRU-14, 2018-2022. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (4). pp. 1-14. ISSN 2600-9501
|
PDF
257kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...
Abstract
Kewujudan masyarakat yang mempunyai identiti nasional adalah suatu usaha modernisasi sosial yang menjadi matlamat bagi setiap negara yang berdaulat. Dalam menyokong usaha ini, integrasi dilihat memainkan peranan utama kerana integrasi itu sendiri melibatkan satu proses panjang yang mengukuhkan identiti nasional dalam dirimasyarakat yang sebelum ini terpisah ekoran lokasi, sosial dan budaya untuk menjadi sebuah masyarakat yang bersatu padu membentuk satu identiti di bawah nilai cintadan bangga akan tanah air mereka. Integrasi ini juga mampu memperlihatkan keutuhan bangsa dan ketahanan sesebuah negara bangsa. Dalam dunia kontemporari Malaysia hari ini, isu politik perkauman masih menjadi polemik yang seakan tiada penghujungnya. Jika dilihat pada parti-parti politik tempatan, masing-masing ditubuhkan atas dasar melindungi kaum tertentu sepertimana yang dapat dilihat melalui Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) melalui perjuangannya untuk kaum Melayu, Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk kaum Cina dan Kongres India Se-Malaysia (MIC) untuk kaum India. Melalui kajian ini, pengkaji akan lebih memfokuskan kepada parti dominan di Malaysia iaitu UMNO dan melihat bagaimana parti ini mengaplikasikan politik perkauman selepas PRU-14 dalam memastikan parti ini kekal relevan di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Identiti nasional; Politik identiti; Politik etnik; Pasca PRU-14 |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20571 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Nov 2022 04:32 |
Last Modified: | 27 Nov 2022 17:18 |
Repository Staff Only: item control page