Kepintaran emosi sebagai faktor peramal pencapaian akademik pelajar IPTA: implikasi terhadap kebolehpasaran

Noriah Mohd. Ishak, and Shaharuddin Ahmad, and Kadderi Mohd. Desa, and Roslina Tan Abdullah, (2008) Kepintaran emosi sebagai faktor peramal pencapaian akademik pelajar IPTA: implikasi terhadap kebolehpasaran. Jurnal e-Personalia Pelajar, 11 .

[img]
Preview
PDF
406kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpppp/

Abstract

Kajian ini adalah kajian penerokaan awal kepintaran emosi ke atas pelajar-pelajar tahun satu yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (n = 2150). Kajian tinjauan yang dilakukan ini telah menggunakan alat ukur Malaysian Emotional Quotient Inventory yang dibina oleh sekumpulan penyelidik dari UKM secara dalam talian. Kajian ini bertujuan untuk: (a) meneroka profil kepintaran emosi pelajar universiti, (b) melihat perbezaan trait kepintaran emosi tersebut dalam kalangan pelajar-pelajar yang berlainan jantina, dan (c) melihat kebolehan kepintaran emosi dan status sosio-ekonomi sebagai faktor peramal kepada pencapaian akademik pelajar universiti. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif (nilai peratus) dan statistik inferensi (Ujian-t dan Regresi Linear). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tahun satu yang dikaji mempunyai Indeks Kepintaran Emosi (Indeks EQ) di tahap sederhana. Bagaimanapun pelajar didapati mempunyai nilai peratus yang rendah dalam beberapa domain termasuk kesedaran kendiri dan kemahiran sosial. Ujian–t yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan Indeks EQ yang signifikan dalam kalangan pelajar lelaki dan wanita. Pelajar wanita juga didapati mempunyai indeks EQ yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Pola ini dapat dilihat untuk beberapa bahagian sub-domain yang lain seperti motivasi kendiri dan empati. Walau pun, hasil Ujian Regresi Linear menunjukkan bahawa Indeks EQ adalah faktor penyumbang utama kepada pencapaian akademik pelajar berbanding dengan status sosio-ekonomi keluarga, namun, sumbangan tersebut adalah kecil. Kertas ini juga membincangkan kepentingan pembentukan trait kepintaran emosi untuk membantu pelajar meningkatkan kebolehpasaran mereka di bidang pekerjaan

Item Type:Article
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:2062
Deposited By: Ms. Nor Ilya Othman
Deposited On:28 Jun 2011 02:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:30

Repository Staff Only: item control page