Potensi sungkup plastik daripada filem selulosa terjana semula : suatu ulasan

Nursyamimi Ahmad Ghazali, and Kushairi Mohd Salleh, and Nur Fathihah Jafri, and Sarani Zakaria, (2022) Potensi sungkup plastik daripada filem selulosa terjana semula : suatu ulasan. Sains Malaysiana, 51 (9). pp. 3043-3057. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
319kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil9_...

Abstract

Sungkup ialah bahan yang dihamparkan pada permukaan tanah, digunakan secara khusus untuk pertanian. Penggunaan sungkup plastik (SP) dalam bidang pertanian masih berterusan di seluruh dunia sejak berpuluh tahun yang lalu. Ia merupakan teknologi penting dalam pertanian yang meningkatkan hasil dan kualiti tanaman dengan penggunaan input air yang rendah. Bahan SP telah dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu sungkup berasaskan petroleum dan sungkup berasaskan bahan semula jadi daripada sisa pertanian. Tanah tanpa sungkup mendorong kepada beberapa masalah seperti tanggalan zarah, adangan permukaan, kerakan dan padatan. Namun, penggunaan SP yang berlebihan dalam pertanian moden telah mengancam kelestarian keseluruhan ekosistem yang disebabkan oleh pengekalan sisa plastik pada persekitaran daratan dan akuatik. Oleh yang demikian, rantaian tanaman termasuklah tumbuhan, tanah dan air serta manusia juga terdedah kepada ancaman ini. Permasalahan ini telah mendorong kepada penghasilan sungkup plastik terbiodegradasi (SPB) seperti filem selulosa terjana semula (FSTS). Maka, ulasan kajian terhadap potensi SPB khususnya FSTS yang merangkumi fizikal, mekanikal, kimia dan sifat biodegradasi menjadi fokus utama dalam penulisan makalah ini.

Item Type:Article
Keywords:Penghasilan; Produk berasaskan biosumber; Produk hijau; Sifat fizikal; Sifat kimia; Sifat mekanikal
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:20656
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Dec 2022 08:00
Last Modified:07 Dec 2022 00:45

Repository Staff Only: item control page