Lee, Shin Yin and Yong, Shih Nee and Kuan, Seng How and Chieng, Sylvia (2022) Perbandingan penghasilan siderofor daripada Bacillus aryabhattai, Bacillus megaterium dan Bacillus cereus. Sains Malaysiana, 51 (9). pp. 3069-3079. ISSN 0126-6039
|
PDF
582kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil9_...
Abstract
Besi merupakan unsur yang penting bagi proses metabolisme organisma seperti kitar asid trikarboksilik, pengangkutan elektron dan fosforilasi oksidatif. Walau bagaimanapun, sumber besi di persekitaran luar sentiasa berada dalam bentuk kompleks yang tidak tersedia untuk pengambilan terus. Bagi mengatasi pengehadan besi, mikroorganisma berupaya untuk menghasilkan siderofor, sejenis pengkelat Fe(III) yang berafinan tinggi. Salah satu genus bakteria yang dapat menghasilkan siderofor adalah Bacillus. Dalam kajian ini, penghasilan dan keupayaan pengkompleksan siderofor Bacillus cereus, Bacillus megaterium dan Bacillus aryabhattai ditentukan melalui asai piring agar dan cecair krom azurol S (CAS). Kesan sumber karbon (glukosa, maltosa dan gliserol) ke atas penghasilan siderofor oleh Bacillus turut dikaji. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa B. cereus yang dikulturkan dalam kaldu LB berupaya untuk menghasilkan siderofor yang tertinggi berbanding B. aryabhattai dan B. megaterium. Siderofor yang dihasilkan oleh ketiga-tiga spesies berupaya untuk berkompleks dengan Mn(II), Zn(II) dan Cu(II). Hasil kajian turut menunjukkan pengkulturan dengan maltosa telah memberikan penghasilan siderofor yang paling tinggi bagi B. aryabhattai dan B. megaterium.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bacillus aryabhattai; Bacillus cereus; Bacillus megaterium; Siderofor |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 20658 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 01 Dec 2022 08:07 |
Last Modified: | 07 Dec 2022 00:46 |
Repository Staff Only: item control page