Potensi bioremediasi plastik polietilena tereftalat (PET)

Khalida Khalil, and Wan Syaidatul Aqma, and Nazlina Haiza Mohd Yasin, and Mohamad Yusof Maskat, and Ishak Ahmad, (2022) Potensi bioremediasi plastik polietilena tereftalat (PET). Sains Malaysiana, 51 (9). pp. 3081-3094. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil9_...

Abstract

Penghasilan plastik yang mesra ekonomi dan kepelbagaian penggunaannya menyebabkan permintaan terhadap plastik meningkat setiap tahun. Antaranya adalah plastik jenis polietilena tereftalat (PET) yang dihasilkan melalui pempolimeran dua monomer iaitu asid tereftalik (TPA) dan etilena glikol (EG). PET menjadi pilihan dalam produk pembungkusan makanan dan minuman kerana cirinya yang tahan haba, tahan lama, mudah dibentuk dan ringan serta kos penghasilan yang murah. Walau bagaimanapun, hal ini telah menjadikan PET sebagai pencemar alam sekitar kerana penggunaannya berjangka pendek dan pakai buang, serta sukar untuk dicuraikan secara semula jadi dan dikitar semula. PET juga berupaya menjadi mendakan kerana mempunyai kehabluran dan ketumpatan yang tinggi seterusnya menghasilkan mikroplastik bersaiz <5 mm yang berpotensi menjadi ancaman kepada rantai makanan. Kaedah bioremediasi antara salah satu alternatif yang boleh dilaksanakan dalam menangani masalah lambakan bahan buangan plastik PET. Justeru, ulasan ini akan membincangkan empat pendekatan bioremediasi dengan penggunaan bakteria sebagai agen biopencurai PET melalui penggunaan (1) bakteria penghasil biofilem, (2) biosurfaktan, (3) biotinjauan secara pendekatan biologi molekul dan (4) aplikasi bio-pembawa yang boleh dilaksanakan dalam menguraikan bahan buangan PET.

Item Type:Article
Keywords:Asid tereftalik (TPA); Biofilem; Biosurfaktan; Bio-pembawa; Etilena glikol (EG)
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:20659
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Dec 2022 08:12
Last Modified:07 Dec 2022 00:47

Repository Staff Only: item control page