Atenuasi ultrasonik dan modulus ricih pada suhu genting superkonduktor terdop sederhana (Tl0.8Bi0.2)Sr2 (Ca0.9Cr0.1)Cu2 O7

R. Abd-Shukor, and Tan, L.K. and Nor Azah Nik-Jaafar, and M.N. Mohd Nasir, (2022) Atenuasi ultrasonik dan modulus ricih pada suhu genting superkonduktor terdop sederhana (Tl0.8Bi0.2)Sr2 (Ca0.9Cr0.1)Cu2 O7. Sains Malaysiana, 51 (9). pp. 3095-3101. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
873kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil9_...

Abstract

Modulus ricih dan atenuasi ultrasonik superkonduktor suhu tinggi terdop sederhana (Tl0.8Bi0.2)Sr2 (Ca0.9Cr0.1)Cu2 O7 (Tl-1212) dengan suhu genting (Tc ) 98 K telah dikaji. Modulus ricih, G meningkat apabila suhu diturunkan daripada 240 K ke 80 K yang menunjukkan pengerasan kekisi. Walau bagaimanapun, pada suhu antara 160 K hingga 190 K modulus ricih menunjukkan anomali menandakan kecenderungan untuk kekisi melembut. Berhampiran suhu genting modulus ricih menunjukkan pelembutan kekisi iaitu ketakselanjaran pada cerun (dG/dT) dan ini sejajar dengan ciri peralihan fasa termodinamik tertib ke dua. Peratus perubahan modulus ricih antara 240 K dan 80 K ialah 5.5%. Atenuasi ultrasonik menunjukkan penurunan mendadak daripada 240 K ke 210 K diikuti dengan profil yang hampir mendatar sehingga 140 K. Puncak atenuasi dicerap berhampiran suhu genting dan ini menunjukkan penyerapan tenaga akustik meningkat apabila bahan memasuki fasa mensuperkonduksi. Anomali modulus ricih dan atenuasi ultrasonik ini dijelaskan melalui peralihan fasa tertib kedua dan tertiban oksigen jarak dekat dalam satah Cu-O unit sel bahan superkonduktor ini.

Item Type:Article
Keywords:Getaran kekisi; Mikrostruktur; Peralihan fasa; Sifat akustik
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:20660
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Dec 2022 08:17
Last Modified:07 Dec 2022 00:49

Repository Staff Only: item control page