Mohd Anuri Ghazali, and Abdul Ghani Md Rafek, and Mohd Rozi Umor, (2022) Penilaian cerun bagi meramalkan potensi tanah runtuh menggunakan kaedah sistem penilaian cerun model-B di Empangan Sultan Mahmud, Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu, Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 51 (9). pp. 3103-3112. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil9_...
Abstract
Penilaian geobahaya cerun telah dijalankan di Empangan Sultan Mahmud, Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu menggunakan kaedah Sistem Penilaian Cerun Model-B bertujuan untuk meramalkan potensi cerun mengalami tanah runtuh dengan nilai skor geobahaya. Kajian juga bertujuan untuk menilai ketepatan terhadap jenis cerun yang berbeza di ketiga-tiga kawasan kajian. Cerun di dalam kawasan kajian ini melibatkan cerun jenis potongan batuan, cerun potongan tanah dan cerun potongan batuan bercampur tanah. Terdapat 9 parameter yang diambil kira di dalam penilaian geobahaya iaitu sudut cerun, keluasan fitur, jarak dari permatang, bentuk cerun, peratusan fitur tak tertutup, kehadiran batuan terdedah, kehadiran saliran bertangga, kehadiran saliran mendatar dan kehadiran hakisan. Penilaian dijalankan di dalam batuan granit di kawasan berbukit iaitu di tiga tapak kajian iaitu tapak kajian 1, 2 dan 3 yang merangkumi keluasan 129 hektar. Hasil kajian di tapak kajian 1 mendapati skor geobahaya cerun batuan ini dikelaskan sebagai sangat tinggi dan tinggi. Faktor utama yang mempengaruhi skor geobahaya yang sangat tinggi dan tinggi adalah disebabkan sudut kecerunan yang tinggi dan keadaan batuan yang terdedah. Hasil kajian di tapak kajian 2 mengelaskan skor geobahaya adalah tinggi sahaja. Ini disebabkan oleh kecerunan yang tinggi, bentuk cerun, kewujudan hakisan dan tumbuhan tutup bumi. Manakala, hasil kajian di tapak 3 mendapati skor geobahaya adalah sederhana. Faktor utama yang menyebabkan skor geobahaya sederhana adalah kerana sebahagian merupakan cerun semula jadi, sudut kecerunan yang rendah, litupan tumbuhan pada cerun dan kehadiran hakisan yang rendah. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan kaedah Sistem Penilaian Cerun Model-B (SPCM-B) adalah bersesuaian untuk digunakan dalam memetakan skor geobahaya bagi cerun jenis tanah potongan kejuruteraan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Geobahaya; Sistem Penilaian Cerun Model –B (SPCM-B); Skor geobahaya |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 20661 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 01 Dec 2022 08:20 |
Last Modified: | 07 Dec 2022 00:49 |
Repository Staff Only: item control page