Kemiskinan keluarga dan pengaruhnya terhadap tahap pendidikan rendah masyarakat luar bandar : kajian kes di jajahan Bachok, Kelantan

Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid, and Narimah Samat, (2018) Kemiskinan keluarga dan pengaruhnya terhadap tahap pendidikan rendah masyarakat luar bandar : kajian kes di jajahan Bachok, Kelantan. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (2). pp. 11-23. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
460kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1116

Abstract

Tahap pendidikan rendah sering dikaitkan dengan masyarakat di kawasan luar bandar. Ini kerana masyarakat luar bandar mempunyai kekangan dalam aspek mendapatkan ilmu pendidikan, peluang pekerjaan dan memperoleh pendapatan tinggi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat di luar bandar berada dalam tahap pendidikan yang rendah. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk pengumpulan data. Soal selidik telah dijalankan ke atas 230 orang responden yang terdiri daripada Senarai Keluarga Miskin Jajahan Bachok. Data yang diperolehi daripada responden dianalisis untuk maklumat deskriptif dan “ranking analysis” menggunakan perisian SPSS. Kajian mendapati hampir 40 peratus responden berpendapat bahawa faktor utama yang mempengaruhi tahap pendidikan rendah di luar bandar adalah disebabkan faktor kewangan yang berkaitan dengan pendapatan rendah yang diperoleh ketua keluarga. Selain itu faktor latar belakang pendidikan yang rendah dalam kalangan ketua keluarga turut memberi kesan kepada pencapaian pendidikan anak-anak mereka. Walau bagaimanapun majoriti daripada responden menyedari kepentingan pendidikan untuk generasi mereka. Oleh itu, penekanan dan keperluan peluang dalam aspek pendidikan khususnya di lokasi luar bandar perlu diperkukuhkan dengan lebih jitu lagi.

Item Type:Article
Keywords:Kemiskinan keluarga; Masyarakat luar bandar; Pendidikan rendah; Peluang pekerjaan; Pendapatan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20666
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Dec 2022 00:35
Last Modified:11 Dec 2022 00:35

Repository Staff Only: item control page