Nur Jannah Bukhari, and Kim, Keum Hyun and Aida Idris, (2018) Hubungan antara pendapatan dan perbelanjaan harian bagi golongan belia Melayu di Kuala Lumpur. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (2). pp. 24-35. ISSN 1823-884x
|
PDF
428kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1116
Abstract
Di bandar, aktiviti berbelanja menjadi semakin mencabar kerana lambakan penawaran barangan adalah lebih banyak, dan tidak terbatas berbanding jika di luar bandar. Namun demikian, ketika berbelanja terdapat faktor-faktor yang menyebabkan perbelanjaan bagi memenuhi satu-satu keperluan berbeza, terutamanya adalah faktor ekonomi. Keterbatasan sumber ekonomi iaitu pendapatan akan menyebabkan pengguna terpaksa menilai dan menentukan keperluan apakah yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis hubungan antara perbelanjaan dan pendapatan. Kajian ini telah dijalankan ke atas 422 orang belia Melayu di Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan yang melibatkan kriteria-kriteria khusus seperti berumur antara 20-39 tahun, tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, dan tingkat pendapatan. Satu set borang soal selidik digunakan untuk mengkaji konstruk yang terpilih. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Jenis analisis yang digunakan adalah kaedah analisis deskriptif bagi melihat latar belakang responden dan kolerasi Spearman rho bagi menentukan hubungan antara perbelanjaan bagi keperluan harian dan pendapatan. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pendapatan dan perbelanjaan bagi keperluan harian dengan makna yang lain, peningkatan pendapatan tidak semestinya akan menyebabkan perbelanjaan bertambah. Kajian ini juga membincangkan limitasi serta cadangan untuk kajian pada masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keperluan; Pola perbelanjaan; Pendapatan; Belia; Bandar |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20667 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Dec 2022 00:52 |
Last Modified: | 11 Dec 2022 00:36 |
Repository Staff Only: item control page