Peranan raja dan orang besar sebagai penghulu dalam menyatupadukan masyarakat tempatan di Selangor, 1895-1942

Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria, and Mohd Samsudin, (2018) Peranan raja dan orang besar sebagai penghulu dalam menyatupadukan masyarakat tempatan di Selangor, 1895-1942. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (2). pp. 36-50. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
403kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1116

Abstract

Peranan raja dan orang besar sebagai penghulu dalam menyatupadukan penduduk tempatan di Selangor telah dilaksanakan ketika era kolonial British khususnya pada 1895-1942. Hal ini berlaku kerana penghulu ditugaskan untuk berbuat demikian. Namun begitu, ia kurang ditonjolkan oleh J. M. Gullick (1998, 2004 dan December 2007) dan Paul H. Kratoska (1984) menyebabkan perkara tersebut tidak diketahui. Oleh itu, artikel ini bertujuan menonjolkan pandangan baharu mengenai peranan penghulu daripada kalangan raja dan orang besar dalam menyatupadukan masyarakat tempatan di Selangor pada 1895-1942. Artikel ini akan menganalisis isu yang membolehkan penghulu berperanan dalam menyatupadukan penduduk setempat terlebih dahulu. Kemudian, mensintesis peranan mereka. Seterusnya, menilai peranan dimainkan oleh mereka sama ada berkesan atau sebaliknya. Sumber primer seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK), Colonial Office (CO), Pejabat Daerah Klang (B/PDK), Pejabat Daerah Ulu Selangor (B/PDUS), Pejabat Daerah Ulu Langat (B/PDUL), Pejabat Daerah Sepang (B/PDS), Jabatan Arkib Negara Malaysia (P/ANM) dan sumber sekunder digunakan bagi menjawab kehendak dikemukakan. Secara keseluruhannya, golongan raja dan orang besar sebagai penghulu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat tempatan di Selangor yang merangkumi bangsa Melayu, Cina, India dan orang Dalam dari aspek pentadbiran, ekonomi, sosial dan sosioekonomi. Perkara ini berlaku kerana masyarakat tempatan mematuhi dan mengikut telunjuk serta nasihat penghulu di mukim ditetapkan. Oleh itu, kerajaan memerlukan tokoh-tokoh penghulu yang bertanggungjawab dan berwibawa untuk melaksanakan tugasan di peringkat akar umbi iaitu mukim agar sentiasa dalam keadaan harmoni. Sehubungan itu, artikel ini menempatkan penghulu sebagai Tokoh Penyatuan Masyarakat Peringkat Mukim dari masa ke masa.

Item Type:Article
Keywords:Raja Selangor; Orang Besar Selangor; Institusi penghulu; Pentadbiran Selangor; Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20668
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Dec 2022 00:56
Last Modified:11 Dec 2022 00:37

Repository Staff Only: item control page