Penilaian pengetahuan dan kesedian menghadapi bencana gempa bumi dalam kalangan guru sekolah di Ranau, Sabah

Soon Singh Bikar Singh, and Balan Rathakrishnan, and Dg. Norizah Ag Kiflee, and Rosli Talip, and Zulfikar, and Sim, Arlyn Swee Lan (2018) Penilaian pengetahuan dan kesedian menghadapi bencana gempa bumi dalam kalangan guru sekolah di Ranau, Sabah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (2). pp. 73-88. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
482kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1116

Abstract

Gempa bumi Ranau yang melanda pada 5 Jun 2015 adalah gegaran yang paling kuat di Sabah dan menyebabkan penduduk tempatan dalam keadaan panik. Hal ini menunjukkan bahawa penduduk di Sabah harus dididik agar bersedia untuk menghadapi bencana alam ini yang dijangka akan berlaku dalam masa 20 tahun lagi. Pelbagai kajian menunjukkan hasrat murni ini akan tercapai sekiranya pengetahuan pencegahan dan mengahadapi gempa bumi ini diterapkan melalui pendidikan formal di sekolah. Namun begitu, pengetahuan dan kesediaan guru tentang pencegahan dan menghadapi bencana gempa bumi perlu diambil kira untuk memastikan mereka bersedia untuk mendidik murid. Kajian ini yang berpaksikan kaedah penyelidikan gabungan (Explanatory Sequantial Design) dijalankan untuk mengkaji pengetahuan dan kesediaan guru sekolah di Ranau untuk menghadapi bencana gempa bumi. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan untuk memilih 18 buah sekolah yang mengalami kerosakan teruk akibat dari bencana gempa bumi 2015. Enam orang guru lelaki dan perempuan telah dipilih secara rawak mudah untuk ditemuramah. Instrument The Spittal Eartquake knowledge and Readiness Scale digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif. Data kualitatif dikumpul dengan menggunakan kaedah temuramah semuka. Analisis data kuantitatif menunjukkan bahawa tahap pemahaman konsep gempa bumi dan kesediaan guru untuk menghadapi bencana alam ini adalah sederhana. Terdapat juga perbezaan yang signifikan tahap pemahaman mengenai konsep gempa bumi dan kesediaan untuk menghadapi bencana ini antara guru lelaki dan perempuan. Analisis kualitatif menunjukkan tahap pemahaman konsep dan kesedian guru untuk menghadapi bencana gempa bumi adalah sederhana kerana mereka tidak jangka bahawa kawasan Ranau berisiko tinggi. Guru perempuan mempunyai pengetahuan yang lebih baik berbandingkan guru lelaki dalam menghadapi bencana gempa bumi kerana mereka meneroka maklumat melalui internet, akhbar, laman web dan group Whats App. Penemuan kualitatif juga merumuskan bahawa guru lelaki lebih bersedia menghadapi bencana gempa bumi berbanding dengan guru wanita. Oleh itu, disarankan agar pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Daerah dengan kerja sama NGO menganjurkan kursus dan latihan untuk membantu guru meningkatkan pengetahuan bencana gempa agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi bencana gempa bumi dan menyalurkan ilmu ini kepada murid di sekolah.

Item Type:Article
Keywords:Gempa bumi; Pengetahuan; Kesedian; Guru; Ranau
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20670
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Dec 2022 01:45
Last Modified:11 Dec 2022 00:38

Repository Staff Only: item control page