Semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur

Fauziah Ibrahim, and Azianura Hani Shaari, and Norulhuda Sarnon, and Salina Nen, and Nasrudin Subhi, and Zaizul Ab Rahman, and Mohd Nasir Selamat, and Shahrul Nazmi Sannusi, (2018) Semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (2). pp. 106-115. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
404kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1116

Abstract

Semangat perpaduan merupakan elemen penting dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran dalam kalangan generasi muda pelbagai bangsa di Malaysia. Oleh itu artikel ini disediakan bertujuan untuk (1) mengukur tahap semangat perpaduan dan (2) mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat di Malaysia. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 244 orang remaja B40 yang tinggal di tiga buah kawasan perumahan iaitu di perumahan Rakyat Desa Rejang, Pantai Ria dan Seri Pantai telah dipilih sebagai responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif dan regresi pelbagai secara stepwise. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa majoriti (59.8%) remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat menunjukkan semangat perpaduan yang sederhana sahaja dan perlu dipertingkatkan. Analisis regrasi pelbagai pula mendapati bahawa faktor kesihatan diri (β=.539, p<.05) adalah petunjuk utama yang mempengaruhi semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40. Manakala kombinasi kesihatan diri (β=.405, p<.05) dan tingkah laku prososial (β=.289, p<.05) menyumbang sebanyak 6.6% perubahan tambahan terhadap semangat perpaduan. Faktor hubungan kejiranan dan semangat cintakan Malaysia pula menyumbang sebanyak 3.1% dan 1.4% varians terhadap semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40. Kombinasi keempat-empat faktor peramal tersebut telah menyumbang sebanyak 40.1% varians terhadap semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat. Hasil kajian memberi implikasi positif kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk menyediakan pelan strategik yang komprehensif dalam menambahbaik program-program yang boleh membina dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat khasnya remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Remaja B40; Semangat perpaduan; Kesihatan diri; Tingkah laku prososial; Semangat cintakan Malaysia; Hubungan kejiranan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20672
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Dec 2022 02:07
Last Modified:11 Dec 2022 00:40

Repository Staff Only: item control page