Penerokaan amalan zikir dan perubahan tingkah laku dalam proses kepulihan penagihan dalam kalangan penagih bebas dadah

Nurshuhada Mohd Sabri, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Norulhuda Sarnon, (2018) Penerokaan amalan zikir dan perubahan tingkah laku dalam proses kepulihan penagihan dalam kalangan penagih bebas dadah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (2). pp. 141-153. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
415kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1116

Abstract

Faktor keagamaan telah dikenalpasti menyumbang dalam proses kepulihan daripada penagihan dan kajian-kajian empirikal telah mula dilakukan untuk meneliti peranannya dalam membantu kepulihan dan mengurangkan relaps. Kajian ini bertujuan meneroka pengalaman amalan keagamaan yang dilakukan oleh bekas penagih dadah dan perubahan tingkah laku yang membantu mereka bebas dadah. Kajian ini sepenuhnya menggunakan kaedah kualitatif iaitu teknik pengumpulan data secara temu bual separa berstruktur. Seramai 10 orang bekas penagih dadah yang bebas dadah terlibat dalam kajian ini. Teknik analisis yang digunakan adalah analisis interpretasi fenomenologi. Hasil kajian mendapati faktor kerohanian utama yang menjadi sumber kepulihan membantu bekas penagih dadah pulih adalah amalan melazimi berzikir. Melazimkan berzikir adalah sentiasa mengingati Allah dan hasilnya kebergantungan kepada dadah dapat dihindari. Perubahan tingkah laku berlaku apabila responden melazimi berzikir kerana ia memberi kesan dengan cuba menjauhkan diri daripada golongan penagih dan boleh menerima teguran positif untuk berubah. Dapatan kajian ini memberi implikasi dalam konteks rawatan dan pemulihan penagihan dengan mempertimbangkan amalan kerohanian dalam modul keagamaan supaya dapat menguatkan keazaman penagih untuk melawan nafsu ketagihan dan pulih daripada penagihan dadah.

Item Type:Article
Keywords:Amalan keagamaan; Kepulihan penagihan; Kualitatif; Fenomenologi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20675
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Dec 2022 03:21
Last Modified:11 Dec 2022 00:42

Repository Staff Only: item control page