Peristiwa El Nino dan pengaruh IOD terhadap hujan di Malaysia

Mastura Mahmud, (2018) Peristiwa El Nino dan pengaruh IOD terhadap hujan di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (2). pp. 166-177. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1116

Abstract

Kewujudan Lautan Pasifik di timur Malaysia dan Lautan Hindi di baratnya mempengaruhi jumlah hujan di Malaysia. Antara kesan lautan ini adalah fenomena El Nino (La Nina) yang lazimnya menyebabkan keadaan kering (basah) di Malaysia. Hubungan hujan dan pengaruh lautan ini dikaji melalui indeks lautan serta jumlah hujan yang diterima di Malaysia dari tahun 1970 hingga 2008 di 12 stesen kajiiklim utama menggunakan statistik seperti analisis korelasi dan multivariat. Indeks untuk isyarat peristiwa El Nino di Lautan Pasifik adalah Equatorial Southern Oscillation Index (EQSOI), Oceanic Nino Index (ONI) dan Southern Oscillation Index (SOI) manakala isyarat untuk kejadian Indian Ocean Dipole (IOD) di Lautan Hindi menggunakan Dipole Modes Index (DMI). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji apakah pengaruh IOD sewaktu El Nino dan La Nina terhadap hujan di Malaysia. Hasil kajian mendapati hubungan antara min SOI/ONI/EQSOI/DMI dan jumlah taburan hujan adalah positif/negatif/negatif/negatif tapi lemah. IOD mempunyai pengaruh yang kadangkala positif dan negatif terhadap taburan hujan. Pola hujan tahunan di Semenanjung kurang dipengaruhi oleh El Nino berbanding di Malaysia Timur kerana kehadiran Lautan Hindi. Walaubagaimanapun ujian ANOVA tidak menunjukkan hubungan yang signifikan antara anomali hujan dan indeks lautan. Kejadian El Nino dan fasa IOD positif yang berlaku sebanyak 12% menyebabkan keadaan kering yang hujannya kurang daripada normal sementara 12% daripada kejadian La Nina sewaktu fasa IOD negatif menyebabkan berlakunya lebih banyak hujan daripada normal. Kajian ini menunjukkan betapa pentingnya pemantauan terhadap indeks lautan di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi dalam menentukan perancangan sumber air di negara ini terutama dalam keadaan perubahan iklim yang mendatang.

Item Type:Article
Keywords:El Nino; Lautan Hindi; Indian Ocean Dipole; Lautan Pasifik; Malaysia
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20677
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Dec 2022 03:28
Last Modified:11 Dec 2022 00:44

Repository Staff Only: item control page