Keterlibatan belia dalam “meremajakan” sektor pertanian di Malaysia

Norshamliza Chamhuri, and Muhammad Shahidan Wahab, and Nuriffah Aqilah Mohd Sofi, and HalimaTus Sakdiya Mahrus, and Siti Nurazira Junaidi, and Nur Nashuha Irdina Salim, and Syikin Syafri, and Nur Izzah Mohd, (2022) Keterlibatan belia dalam “meremajakan” sektor pertanian di Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 25 (1). pp. 39-49. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Sektor pertanian merupakan salah satu sektor di Malaysia yang memberi sumbangan yang besar terhadap perdapatan dan pertumbuhan ekonomi negara. Namun, seiring dengan Malaysia yang semakin menuju ke arah negara berstatus maju, minat golongan belia terhadap sektor pertanian semakin pudar dan seterusnya menyebabkan penglibatan belia dalam sektor pertanian semakin berkurangan. Maka dengan ini, satu kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan belia terhadap sektor pertanian di Malaysia. Kajian juga akan mencadangkan beberapa strategi bagi memupuk minat belia terhadap sektor pertanian. Seramai 150 orang belia telah menjawab soal selidik yang telah dibangunkan. Hasil kajian mendapati faktor utama yang mempengaruhi belia bagi melibatkan diri dalam sektor pertanian adalah monetari insentif. Dari segi strategi, belia memilih kempen melalui media sosial sebagai langkah yang paling efektif bagi memupuk minat belia dalam sektor pertanian. Implikasi kajian mencadangkan pihak berkepentingan perlu memberi pendedahan awal dan pengetahuan tentang kelebihan bekerja dalam sektor ini kepada belia. Hal ini agar belia lebih cakna dan dapat menanam minat untuk turut serta dalam membangunkan sektor pertanian di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Belia; Penglibatan; Sektor pertanian; Kerjaya; Minat
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:20702
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Dec 2022 03:13
Last Modified:12 Dec 2022 06:15

Repository Staff Only: item control page