Nur Amirah Haron, and Quar, Tian Kar and Akmaliza Ali, (2022) Persepsi pelajar pra-siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap golongan pekak dewasa. Jurnal Personalia Pelajar, 25 (1). pp. 51-59. ISSN 0128-2735
|
PDF
835kB |
Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...
Abstract
Anggapan dan stigma masyarakat dimana individu pekak mempunyai banyak kelemahan berbanding individu yang mempunyai pendengaran normal telah mewujudkan sikap negatif seperti diskriminasi dan penganiayaan terhadap golongan pekak ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi mahasiswa prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap golongan pekak dewasa serta mengenalpasti faktor yang mempengaruhi persepsi mereka. Persepsi antara pelajar berbeza jurusan dan kaum telah dibandingan, dan kesan pengetahuan dan pengalaman dengan golongan pekak ke atas persepsi telah diukur. Kajian rentas ini menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai 126 pelajar pra-siswazah UKM Kampus Bangi dan Kuala Lumpur yang direkrut melalui kaedah persampelan mudah. Dapatan kajian menunjukkan persepsi mahasiswa UKM secara keseluruhannya adalah positif. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan persepsi yang signifikan antara pelajar yang berbeza kaum, berbeza jurusan dan yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman terhadap golongan pekak dewasa dengan yang tiada (z = 4.513, p < 0.05). Implikasi kajian dan cadangan untuk kajian lanjutan dibincangkan dengan harapan kajian seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap golongan pekak supaya budaya ketidaksamarataan ke atas golongan ini dapat ditangani.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Persepsi; Pekak; Masalah pendengaran |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 20703 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Dec 2022 03:19 |
Last Modified: | 12 Dec 2022 06:16 |
Repository Staff Only: item control page