Kesan pengantara sokongan organisasi terhadap hubungan antara persepsi keadilan penilaian prestasi dan niat berhenti kerja dalam kalangan anggota polis

Brenda Ranee Francis, and Rusli Ahmad, and Siti Mariam Abdullah, (2022) Kesan pengantara sokongan organisasi terhadap hubungan antara persepsi keadilan penilaian prestasi dan niat berhenti kerja dalam kalangan anggota polis. Jurnal Pengurusan, 65 . pp. 1-16. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
643kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1547

Abstract

Penilaian prestasi merupakan satu alat pengukuran prestasi yang penting dalam setiap organisasi dan sering kali menimbulkan konflik terutamanya dari segi keadilan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pengantara sokongan organisasi terhadap hubungan antara persepsi keadilan penilaian prestasi dan niat berhenti kerja dalam kalangan anggota polis. Kajian ini penting kerana isu niat berhenti kerja, keadilan penilaian prestasi dan sokongan organisasi merupakan jurang kajian yang serius dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kaedah kuantitatif digunakan untuk menganalisa data 513 responden yang diperolehi daripada soal selidik telah dianalisis menggunakan PLS-SEM. Hasil kajian mendapati sokongan organisasi mempunyai kesan pengantara yang signifikan antara keadilan prosedur (formal), keadilan prosedur (interaksi), keadilan distributif dan keadilan maklumat dalam penilaian prestasi dengan niat berhenti kerja. Oleh yang demikian, penambahbaikan sokongan organisasi perlu diutamakan. Ini adalah penting untuk mengekalkan kesejahteraan dalam kalangan anggota polis serta menggalakkan persekitaran kerja yang positif dan iklim organisasi yang menyokong.

Item Type:Article
Keywords:Niat berhenti kerja; Keadilan prosedur; Keadilan interpersonal; Keadilan maklumat; Keadilan distributif; Sokongan organisasi
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:20708
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Dec 2022 06:53
Last Modified:12 Dec 2022 06:24

Repository Staff Only: item control page