Pengaruh teknologi automasi proses robotik terhadap kemahiran pekerja di profesion perakaunan

Dahlia Fernandez, and Aini Aman, (2022) Pengaruh teknologi automasi proses robotik terhadap kemahiran pekerja di profesion perakaunan. Jurnal Pengurusan, 65 . pp. 1-13. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
424kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1547

Abstract

Organisasi menggunakan pelbagai alat automasi untuk memudahkan tugas mereka. Salah satu alat automasi yang digunakan adalah Automasi Proses Robotik (APR). APR didefinisikan sebagai aplikasi teknologi yang menggunakan alat perisian untuk berinteraksi dengan sistem yang sedia ada dan menggantikan manusia bagi memudahkan dan meningkatkan produktiviti pekerjaan tersebut. APR semakin mendapat perhatian kerana ia berpotensi untuk meningkatkan keberkesanan tugasan, mengurangkan kos, dan meningkatkan daya saing organisasi. Tujuan kajian ini adalah untuk memahami pengaruh APR terhadap peningkatan kemahiran pekerja di unit perakaunan di dalam industri Perkhidmatan Perniagaan Global (PPG) berdasarkan lensa logik profesion. Kajian ini menggunakan kajian kes mendalam dengan menemubual 14 orang responden daripada pelbagai pihak pengurusan di salah satu firma PPG terbesar di dalam industri minyak dan gas di Malaysia. Data telah dianalisa berdasarkan kaedah penteorian. Hasil kajian menunjukkan bahawa APR memberikan pengaruh yang besar terhadap kemahiran pekerja di unit perakaunan seperti kemahiran bernilai tambah, kemahiran analitikal, kemahiran interpersonal, kemahiran komputer dan teknologi maklumat, serta kemahiran perakaunan. Kajian ini membantu memberikan gambaran di dalam proses perancangan dan pengurusan APR bagi organisasi yang sedang atau akan mempertimbangkan penggunaan APR. Ia juga dapat menyumbang kepada literatur mengenai pengaruh APR terhadap kemahiran pekerja di dalam industri PPG dan unit perakaunan menggunakan lensa logik institusi.

Item Type:Article
Keywords:Automasi proses robotik; Kemahiran; Perakaunan; Kewangan; Logik profesion
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:20710
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Dec 2022 07:10
Last Modified:12 Dec 2022 06:26

Repository Staff Only: item control page