Fahaman syiah dan keharmonian agama Islam di Malaysia : perspektif pendekatan keselamatan negara

A. Halim Daud, and Zarina Othman, and Nor Azizan Idris, (2018) Fahaman syiah dan keharmonian agama Islam di Malaysia : perspektif pendekatan keselamatan negara. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 1-19. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
810kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121

Abstract

Ancaman terhadap keselamatan negara hari ini tidak lagi terbatas kepada peperangan semata-mata. Ancaman bukan tradisonal seperti perbalahan mazhab dan konflik agama turut memberi kesan terhadap nilai teras sesebuah negara. Di Malaysia, walaupun fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah diisytiharkan sebagai pegangan rasmi, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang berpegang pada fahaman Syiah. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti adakah fahaman Syiah boleh menjadi ancaman terhadap keselamatan negara walaupun pengikutnya tidak ramai. Kajian ini menggunakan metod pendekatan kualitatif berasaskan kepada sumber primer dan sekunder. Data sumber primer adalah berasaskan kepada kaedah temu bual mendalam. Manakala sumber sekunder, berasaskan kepada kaedah kepustakaan dan analisis dokumen. Kajian ini akan melihat kepada pendekatan sekuritisasi dalam konsep keselamatan negara iaitu suatu pelakuan ucapan yang mengandungi unsur ancaman terhadap isu yang dibangkitkan serta mempercayai bahawa objek sasaran berkenaan terancam dan perlu dipertahankan. Dari analisis, fahaman Syiah yang mula menular ke Malaysia selepas Revolusi Iran pada tahun 1979, mendapat tindakan yang tegas dari pihak berkuasa keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri kerana isu ini telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Walaupun isu ini sensitif dibincangkan kerana ia melibatkan hubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dan Iran, namun kajian mendapati, hubungan kedua negara ini sama sekali tidak terjejas ekoran dari sifat hormat-menghormati. Namun bagi domestik Malaysia, terdapat elemen sekuritisasi yang perlu diperhatikan.

Item Type:Article
Keywords:Keselamatan negara; Nilai teras; Revolusi Iran tahun 1979; Sekuritisasi; Syiah
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20712
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2022 00:40
Last Modified:13 Dec 2022 01:36

Repository Staff Only: item control page