Efikasi kendiri guru sekolah dalam hospital di Malaysia

Aswaniza Shamsudin, and Rosadah Abd Majid, (2018) Efikasi kendiri guru sekolah dalam hospital di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 20-28. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
553kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121

Abstract

Efikasi kendiri ialah sistem kepercayaan yang berfungsi untuk mengawal diri seseorang individu dari aspek pemikiran, perasaan, motivasi dan tingkah laku. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru Sekolah Dalam Hospital di Malaysia yang melibatkan seramai 82 orang guru Sekolah Dalam Hospital (SDH) dari 15 buah SDH di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik yang melibatkan dua bahagian iaitu Bahagian A (Demografi Guru) dan Bahagian B (Efikasi Kendiri Guru) yang telah diadaptasi daripada Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) oleh Tschannen-Moran & Woolfolk (2001). Dapatan data yang diperoleh daripada kajian ini dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science versi 22.0 (SPSS 22.0) yang melibatkan statistik deskriptif (min dan frekuensi). Dapatan kajian mendapati bahawa tahap efikasi kendiri guru SDH adalah berada pada tahap tinggi. Hasil daripada kajian ini memberi gambaran bahawa guru SDH mempunyai efikasi kendiri yang tinggi untuk mendidik murid bermasalah kesihatan. Analisis mendapati bahawa dimensi Pengurusan Bilik Darjah mempunyai nilai min yang paling tinggi (min= 4.45) dengan pernyataan item bahawa guru SDH bersedia untuk menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk murid yang terdiri daripada pelbagai masalah kesihatan berdasarkan keupayaan murid.

Item Type:Article
Keywords:Efikasi kendiri; Guru sekolah dalam hospital; Murid bermasalah kesihatan; Tahap; Malaysia
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20713
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2022 01:30
Last Modified:13 Dec 2022 01:38

Repository Staff Only: item control page