Seni berteraskan komuniti : pemberdayaan modal sosial melalui nilai-nilai perpaduan sosial dalam program Lendu International Art Camp

Diana Ibrahim, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, and Yusmilayati Yunos, and Rosli Zakaria, (2018) Seni berteraskan komuniti : pemberdayaan modal sosial melalui nilai-nilai perpaduan sosial dalam program Lendu International Art Camp. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 29-42. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
678kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121

Abstract

Seni berteraskan komuniti diasosiasikan sebagai amalan seni berlandaskan gagasan “seni untuk masyarakat”. Bentuk praktis seni rupa ini di upayakan sebagai peranti dalam pengembangan modal sosial masyarakat melalui proses kesenian yang mengarah kepada proses memperdalam perhubungan serta jaringan keterikatan sosial warga terlibat. Kajian ini berfokus kepada menggali potensi yang dimiliki projek seni Lendu International Art Camp(LIAC)#3 dalam membangunkan serta membina perhubungan dan nilai perpaduan sosial masyarakat dalam kalangan peserta terlibat melalui kegiatan kesenian yang dijalankan. Kajian melibatkan sampel purposive dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan skor min tertinggi adalah “Menjalin Ukhuwah Baharu” dicapai bagi tiga kategori peserta yang terlibat; pelajar (4.56), agensi luar (4.54) dan pengunjung luar (4.45). Manakala dalam kalangan orang kampung, skor min tertinggi adalah “Merapatkan Ukhuwah Antara Warga” iaitu (4.46). Implikasi kajian ini mengemukakan bahawa, kegiatan berorientasi kepada elemen kerjasama, toleransi, kemuafakatan serta kebertanggungjawaban dalam kegiatan yang berteraskan nilai budaya setempat berupaya menarik proses partisipasi khalayak seterusnya membina kepada pertumbuhan nilai perpaduan sosial. Kehilangan nilai estetik-artistik sebagai proses pendekatan dalam membangunkan kegiatan bagi menarik penglibatan peserta turut menjejaskan impak bagi membangunkan jaringan perhubungan serta keterikatan sosial dalam kalangan masyarakat terlibat.

Item Type:Article
Keywords:Seni komuniti; “Seni Untuk Masyarakat”; Modal sosial; Perpaduan sosial; LIAC
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20714
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2022 01:38
Last Modified:13 Dec 2022 02:08

Repository Staff Only: item control page