Kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu analisis kajian dari sudut perubahan morfologi

Ibtisam Abdullah, and Imran Ho Abdullah, (2018) Kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu analisis kajian dari sudut perubahan morfologi. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 43-50. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
466kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121

Abstract

Kajian ini menganalisis proses perubahan morfologi yang berlaku apabila kata pinjaman Arab terserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kata pinjaman adalah kata-kata yang dipinjam dari bahasa asing yang diserapkan ke dalam bahasa sasaran. Dengan menggunakan penjanaan data berkomputer DBP-UKM berjumlah 5 juta patah perkataan melalui konkordans dalam perisian WordSmith Tools 5.0, yang dianalisis berdasarkan Rumus Binaan Struktur Frasa. Hasil kajian mendapati bahawa perubahan morfologi yang berlaku adalah perubahan kelas kata bahasa sumber iaitu yang meresap masuk ke dalam bahasa sasaran. Perubahan kelas kata yang berlaku adalah kelas kata bahasa sumber yang pada asalnya Kata Nama (KN) berubah menjadi Kata Kerja (KK), atau Kata Nama (KN) berubah menjadi Kata Adjektif (KAdj), atau Kata Nama (KN) berubah menjadi Kata Adverba (KAdv) dalam bahasa sasaran mengikut binaan struktur ayat. Contohnya kata pinjaman Arab wujud, kuat, asyik, yang mana pada asalnya adalah KN berubah menjadi KK atau KAdj atau KAdv. Bahasa Melayu didapati banyak meminjam kata Arab yang terdiri daripada kelas kata Kata Nama kerana ianya menepati sistem tatabahasa bahasa Melayu itu sendiri. Justeru itu, peminjaman bahasa merupakan satu proses bahasa yang penting dalam perkembangan sesuatu bahasa.

Item Type:Article
Keywords:Kata pinjaman; Perubahan morfologi; Morfologi generati; Kelas kata; Data korpus
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20715
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2022 01:44
Last Modified:13 Dec 2022 02:59

Repository Staff Only: item control page