Mengukur kesejahteraan komuniti lokal : kajian kes hasil tangungjawab sosial korporat perlombongan dan kilang nikel di Indonesia

Iskandar Zainuddin Rela, and Abd Hair Awang, and Zaimah Ramli, and Suhana Saad, (2018) Mengukur kesejahteraan komuniti lokal : kajian kes hasil tangungjawab sosial korporat perlombongan dan kilang nikel di Indonesia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 51-67. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
729kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121

Abstract

Sektor perlombongan dan kilang nikel di Sulawesi Tenggara Indonesia merupakan sumber alam yang dapat memberikan manfaat terhadap kesejahteraan komuniti atau community well-being (CWB). Tanggungjawab sosial korporat atau corporate social responsibility (CSR) daripada aktiviti perlombongan oleh syarikat perlu memenuhi cabaran pihak yang berkepentingan dan perubahan-perubahan pembangunan sosial, ekonomi dan persekitaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dimensi kesejahteraan komuniti tempatan setelah mengaplikasikan program CSR. Pemboleh ubah CWB yang diukur adalah sosial, pemerkasaan ekonomi dan persekitaran. Kajian melibatkan 490 orang responden dalam komuniti tempatan, menggunakan borang soal selidik dan data dianalisis menggunakan kaedah Statistical Package for the social science (SPSS.22). Dapatan kajian mendapati bahawa secara umum amalan CSR yang telah dijalankan memberikan manfaat atau menyokong dimensi kesejahteraan komuniti. Walau bagaimanapun, dimensi pendidikan dan infrastruktur memiliki kesan kategori sederhana daripada amalan program CSR. Implikasi kajian ini mencadangkan pihak syarikat dapat meningkatkan perhatian dan membuat perencanaan tindakan ekonomi dan lingkungan bagi mendukung kesejahteraan komuniti secara lestari.

Item Type:Article
Keywords:Kesejahteraan komuniti; Kesejahteraan sosial; Kesejahteraan ekonomi; Kesejahteraan persekitaran;Ttanggungjawab sosial korporat
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20716
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2022 01:58
Last Modified:13 Dec 2022 03:06

Repository Staff Only: item control page