Keperluan intervensi kaunseling berasaskan pendekatan terapi bermain Adlerian terhadap kesejahteraan kendiri holistik kanak-kanak mangsa pengabaian : satu kajian kes

Linda Jamaludin, and Ku Suhaila Ku Johari, and Salleh Amat, (2018) Keperluan intervensi kaunseling berasaskan pendekatan terapi bermain Adlerian terhadap kesejahteraan kendiri holistik kanak-kanak mangsa pengabaian : satu kajian kes. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 104-118. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
672kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121

Abstract

Pendekatan terapi bermain dalam intervensi kaunseling membantu kaunselor untuk berkomunikasi dengan klien yang sukar berkomunikasi secara lisan dalam sesi terutama klien kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pandangan kaunselor terhadap keperluan intervensi kaunseling berasaskan pendekatan terapi bermain dalam membantu kesejahteraan kendiri holistik kanak-kanak mangsa pengabaian. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif kajian kes. Peserta Kajian terdiri daripada sepuluh orang kaunselor yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Kriteria pemilihan peserta kajian adalah (i) kaunselor yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun, (ii) pengamal kreatif kaunseling terapi bermain dan (iii) mempunyai setting untuk melaksanakan terapi bermain. Analisis tematik telah digunakan untuk mendapatkan data perbincangan. Teknik pengumpulan data menggunakan kaedah temu bual mendalam secara separa berstruktur. Data yang diperoleh kemudian dianalisis kepada tema-tema menggunakan perisian Atlas.ti. Dapatan kajian mendapati terdapat keperluan intervensi kaunseling berasaskan pendekatan terapi bermain Adlerian. Pendekatan terapi bermain Adlerian membantu meningkatkan kesejahteraan holistik kanak-kanak mangsa pengabaian. Penggunaan alat-alat mainan sebagai medium komunikasi yang amat penting dalam sesi kaunseling bersama kanak-kanak. Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang penting bagi menentukan kejayaan intervensi adalah minat bertugas di setting kanak-kanak, memahami ciri-ciri psikologi kanak-kanak mangsa pengabaian dan kemahiran-kemahiran dalam melaksanakan terapi bermain. Dapatan kajian turut mencadangkan kit terapi bermain bagi kaunselor yang tidak mempunyai setting bilik terapi bermain yang mana kaunselor boleh membawa alat-alat mainan ke tempat intervensi. Dapatan ini dapat memberi cadangan kepada agensi yang menjalankan kaunseling terhadap kanak-kanak menggunakan pendekatan terapi bermain Adlerian dalam meningkatkan kesejahteraan kendiri holistik kanak-kanak mangsa pengabaian.

Item Type:Article
Keywords:Intervensi kaunseling; Terapi bermain Adlerian; Kesejahteraan diri holistik; Kaunselor pengamal terapi bermain; Kanak-kanak mangsa pengabaian
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20719
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2022 03:27
Last Modified:13 Dec 2022 03:09

Repository Staff Only: item control page