Keupayaan koperasi membangunkan modal sosial bonding ahli dalam Koperasi Peladang Bukit Awang, Kelantan

Maisarah Che Ahmed, and Sarmila M.S., and Sivapalan Selvadurai, (2018) Keupayaan koperasi membangunkan modal sosial bonding ahli dalam Koperasi Peladang Bukit Awang, Kelantan. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 119-132. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
647kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121

Abstract

Pembangunan koperasi merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosial komuniti. Koperasi dirujuk sebagai sebuah persatuan autonomi yang dibentuk secara sukarela untuk menguruskan keperluan ekonomi, sosial dan budaya melalui kawalan demokratik secara bersama. Dalam erti kata lain, koperasi ialah satu bentuk perniagaan yang melibatkan ahli bekerja secara bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa elemen modal sosial telah tersirat dalam penubuhan koperasi menerusi hubungan antara koperasi dan ahli-ahlinya. Justeru, modal sosial menjadi elemen yang perlu diberikan perhatian dalam pembangunan komuniti. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti proses pembentukan modal sosial bonding melalui penubuhan koperasi. Sejumlah 30 ahli koperasi telah ditemu bual dengan melibatkan koperasi peladang kawasan Bukit Awang, Kelantan. Data temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati melalui aktiviti koperasi dapat membentuk hubungan yang baik sesama ahli. Kesimpulannya, penubuhan koperasi berupaya membangunkan modal sosial bonding melalui aktiviti yang dianjurkan kepada ahli dan memberi kesan positif kepada pembangunan komuniti.

Item Type:Article
Keywords:Pertemuan; Hubungan; Berkongsi; Bersama-sama; Analisis tematik
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20720
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2022 03:34
Last Modified:13 Dec 2022 03:31

Repository Staff Only: item control page