Muhammad Ridhwan Sarifin, and Mohamad Fauzi Sukimi, and Azlina Abdullah, (2018) Integrasi orang Bawean dalam penggunaan bahasa ke arah membina bangsa Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 133-144. ISSN 1823-884x
|
PDF
566kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121
Abstract
Setiap masyarakat memerlukan bahasa untuk berkomunikasi. Bahasa juga menjadi identiti sesebuah bangsa sebagai ciri utama pembinaan negara-bangsa. Dengan bahasa, masyarakat boleh menjalankan aktiviti seharian. Kertas kerja ini pertamanya bertujuan untuk membincangkan sejauh mana bahasa Bawean digunakan oleh orang Bawean dalam kehidupan seharian. Kedua, untuk membincangkan penggunaan bahasa Bawean dalam kalangan orang Bawean antara generasi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Seramai tujuh orang dari 11 orang informan dipilih. Kajian dijalankan di penempatan orang Bawean di Kampung Sungai Tiram dalam daerah Johor Bahru. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan Bahasa Bawean digunakan untuk urusan seharian sesama orang Bawean sewaktu berkomunikasi. Jika berbeza sub etnik. Bahasa Melayu menjadi bahasa dominan untuk berkomunikasi dengan etnik yang berbeza. Dari segi antara generasi pula, tiada perbezaan ketara penggunaan Bahasa Bawean. Secara kesimpulannya, dari segi penghayatan nasional, etnik Bawean juga cenderung ke arah positif dalam pembinaan bangsa Malaysia dari segi bahasa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Integrasi bahasa; Masyarakat Bawean; Identiti; Pembinaan bangsa |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20721 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Dec 2022 03:45 |
Last Modified: | 13 Dec 2022 04:02 |
Repository Staff Only: item control page