Konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga : penerokaan pengetahuan dalam kalangan ibu bapa pelihara di Malaysia

Muzairiah Bajuri, and Norulhuda Sarnon@ Kusenin, and Nor Jana Saim, and Fauziah Ibrahim, (2018) Konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga : penerokaan pengetahuan dalam kalangan ibu bapa pelihara di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 145-157. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
687kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121

Abstract

Jagaan pelihara berasaskan keluarga (family-based foster care) merupakan jagaan gantian yang memberikan persekitaran keluarga yang bersifat fleksibel kepada kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan. Ia merupakan satu konsep yang tidak asing lagi di kebanyakan negara-negara maju seperti Amerika, United Kingdom, Kanada dan Australia. Namun, konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga masih lagi baru dan kurang difahami dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Justeru kajian mengenai jagaan pelihara berasaskan keluarga masih kurang dijalankan di Malaysia. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk meneroka pengetahuan konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga dalam kalangan ibu bapa pelihara. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan teori grounded dengan penglibatan seramai 25 orang ibu bapa pelihara sebagai informan kajian yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Kaedah temu bual mendalam menggunakan soalan separa berstruktur digunakan untuk pengumpulan data. Seterusnya data dianalisis menggunakan analisis tema menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil kajian mendapati terdapat tiga tema utama iaitu (i) ketidakfahaman konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga, (ii) kekeliruan konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga dan pengangkatan dan (iii) sumber pengetahuan berasaskan pengalaman. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan satu garis panduan bagi memastikan kefahaman yang jelas tentang konsep jagaan pelihara supaya dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam, dan secara tidak langsung dapat menggalakkan mereka untuk mendaftar sebagai ibu bapa pelihara bagi membantu memberi pemeliharaan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Item Type:Article
Keywords:Anak pelihara; Ibu bapa pelihara; Ibu bapa kandung; Keluarga pelihara
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20722
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2022 03:52
Last Modified:13 Dec 2022 04:04

Repository Staff Only: item control page