Pengaruh penghargaan kendiri terhadap kesejahteraan psikologi mualaf

Nazri Yasin, and Jamiah Manap, and Arena Che Kassim, (2018) Pengaruh penghargaan kendiri terhadap kesejahteraan psikologi mualaf. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 173-182. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
534kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengaruh penghargaan kendiri terhadap kesejahteraan psikologi mualaf. Kajian telah dijalankan kepada 70 orang mualaf daripada Pertubuhan Kebajikan Islamiah Malaysia (PERKIM) dan Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) secara kuantitatif. Responden telah dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh kajian seperti telah berumur 18 tahun ke atas dan telah memeluk agama Islam sekurang-kurangnya 1 tahun. Kajian ini menggunakan teknik soal selidik dan analisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 19. Analisis inferensi digunakan untuk menguji pengaruh di antara pemboleh ubah . Ujian t bebas juga digunakan untuk menguji perbezaan min bagi pemboleh ubah penghargaan kendiri dan kesejahteraan psikologi. Dapatan kajian menunjukkan, terdapat pengaruh yang signifikan antara penghargaan kendiri terhadap kesejahteraan psikologi mualaf. Kajian dapat menyumbang kepada perkembangan bidang ilmu psikologi khususnya dalam pengkajian mualaf di Malaysia. Artikel ini juga berpotensi untuk menjadi rujukan kepada kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam membina polisi atau modul untuk mualaf.

Item Type:Article
Keywords:Psikologi mualaf; Penghargaan kendiri; Kesejahteraan psikologi; PERKIM; IDIP
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20724
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2022 04:24
Last Modified:13 Dec 2022 04:06

Repository Staff Only: item control page