Penjagaan tidak formal warga tua : antara tanggungjawab dan beban

Suridah Ali, and Rahimah Abdul Aziz, (2018) Penjagaan tidak formal warga tua : antara tanggungjawab dan beban. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 183-195. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
609kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121

Abstract

Peningkatan jangka hayat penduduk di Malaysia menyebabkan berlakunya peningkatan pada jumlah populasi warga tua. Akibat daripada peningkatan warga tua ini menyebabkan permintaan terhadap penjagaan tidak formal turut meningkat. Isu berkaitan penjagaan tidak formal kurang diketengahkan kerana ia berlaku dalam lingkungan domestik iaitu dijaga oleh ahli keluarga terdekat dan dianggap bersifat peribadi. Selain menjalankan tanggungjawab harian, penjaga perlu memikul tanggungjawab menjaga warga tua. Tambahan pula, menjaga warga tua yang sakit dan uzur bagi tempoh masa yang lama boleh membebankan penjaga. Dalam hal ini, timbul persoalan adakah penjaga menganggap ia sebagai tanggungjawab atau beban?. Kertas kerja ini membincangkan dilema yang dihadapi oleh penjaga tidak formal dalam melaksanakan tanggungjawab penjagaan. Kajian ini telah dijalankan di daerah Besut, Terengganu dalam kalangan 12 orang informan yang dipilih melalui pensampelan snowball. Secara umumnya, kajian ini mendapati, menjaga warga tua bagi tempoh masa yang lama menyebabkan penjaga berada dalam keadaan dilema antara tanggungjawab dan dalam masa yang sama rasa terbeban akan tanggungjawab tersebut. Kesimpulannya, dilema antara tanggungjawab dan beban yang terpaksa dipikul oleh penjaga boleh memberi implikasi negatif kepada penjaga mahupun warga tua sebagai penerima jagaan

Item Type:Article
Keywords:Penjagaan tidak formal; Warga tua; Penjaga tak formal; Beban; Jangka hayat
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20725
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2022 04:30
Last Modified:13 Dec 2022 04:07

Repository Staff Only: item control page