Zurina Ahmad Saidi, and Habibah Ahmad, (2018) Karakteristik pelancong belia terhadap pelancongan acara tahun melawat Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 196-208. ISSN 1823-884x
|
PDF
713kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121
Abstract
Pelancongan acara merupakan pendekatan yang lebih bersepadu dalam perancangan dan pelaksanaan bagi memastikan pembangunan pelancongan semakin mampan. Dengan adanya penekanan tersebut, ia dapat mengekalkan dan meningkatkan aset pelancongan di samping menggalakkan segmen pelancongan acara terutamanya dalam kalangan pelancong belia. Kajian memfokuskan pola pelancongan acara dalam kalangan pelancong belia yang membawa kepada kesedaran dan dorongan dalam kalangan pelancong belia dalam penglibatan aktiviti pelancongan berbentuk acara. Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui edaran borang kaji selidik di UKM, Putrajaya dan MAEPS, Serdang. Hasil kajian menunjukkan pola pelancongan belia lebih teratur, mempunyai segmen, tersusun dan sistematik serta mempunyai perancangan dan perlaksanaan yang telus. Namun begitu, pola pelancongan pelancong belia tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan backpacker mahupun pelancongan keluarga. Kebanyakan daripada pelancong belia memilih untuk meneroka tempat baru, berseronok sambil membeli-belah serta berbelanja sewaktu melancong mengikut peruntukan perbelanjaan yang disenaraikan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aktiviti pelancongan; Pelancongan acara; Pola pelancongan; Pelancong belia |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20726 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Dec 2022 04:36 |
Last Modified: | 13 Dec 2022 04:09 |
Repository Staff Only: item control page