Konsensus melalui peranan ketua kaum dalam jawatankuasa perhubungan kaum (JPK) 1948

Nurshuhada Mohamed, (2018) Konsensus melalui peranan ketua kaum dalam jawatankuasa perhubungan kaum (JPK) 1948. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 209-221. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
491kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121

Abstract

Konsensus antara kaum atau komuniti merupakan satu cabaran yang besar terhadap pihak British dalam membentuk sesebuah perpaduan. Ini kerana setiap kaum mengimpikan negara idaman masing-masing dan sifat prasangka yang semakin menebal melalui pengalaman hidup bersama namun berlainan budaya dan fahaman. Usaha konsensus ini dilihat semakin sukar apabila melalui tempoh darurat yang berpanjangan akibat ancaman komunis. Oleh itu, objektif kajian adalah menganalisis peranan ketua kaum antara komuniti dan pihak British bagi memahami konsensus yang dibina melalui elemen-elemen rundingan (negotiation), tawar-menawar (bargaining) dan perantara (mediation). Jawatankuasa Perhubungan Kaum atau lebih dikenali sebagai Communities Liaison Committees (CLC) dijadikan fokus kajian ini, kerana penubuhan awalnya pada tahun 1948 untuk membentuk kerjasama kaum sebelum kemerdekaan Malaya pada tahun 1957. Kajian arkib dijalankan untuk analisis minit mesyuarat CLC, surat rasmi dan laporan dari tahun 1948 hingga 1952 dengan kaedah analisis makna. Dapatan kajian mendapati wujud tolak-ansur atau konsensus antara ketua kaum dan pihak British bagi mempersiapkan negara ke arah kemerdekaan. Sekali gus membuktikan bahawa CLC merupakan instrumen Consociationalism yang membentuk perkongsian kuasa melalui tolak-ansur dan mengaplikasikan proses rundingan dan tawar-menawar bagi isu-isu ekonomi, politik, kewarganegaraan dan pendidikan.

Item Type:Article
Keywords:Konsensus; Ketua kaum; Consociationalism; Akomodasi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20727
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2022 04:45
Last Modified:13 Dec 2022 04:10

Repository Staff Only: item control page