Taraf pendidikan dan sosio- ekonomi penduduk di Kampung Sungai Budor, Kelantan Darul Naim

Zurina Ahmad Saidi, and Hukil Sino, and Norinsan Kamil Othman, (2018) Taraf pendidikan dan sosio- ekonomi penduduk di Kampung Sungai Budor, Kelantan Darul Naim. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 222-233. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
601kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121

Abstract

Isu sosio-ekonomi masyarakat luar bandar sentiasa menjadi perhatian negara dalam merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, bagi masyarakat luar bandar, transformasi ini merupakan titik permulaan dalam meningkatkan kapasiti sosio-ekonomi dan taraf pendidikan ahli keluarga untuk kesejahteraan keluarga, komuniti dan negara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti taraf pendidikan penduduk Sg Budor dan menganalisis sosio-ekonomi utama penduduk. Teknik Pensampelan Bertujuan digunakan untuk memilih sampel kajian sebanyak 130 responden. Data kajian adalah melalui edaran borang soal selidik di Kampung Sg. Budor, Kelantan. Hasil kajian mendapati tiada pendidikan dan taraf pendidikan rendah penyebab kepada kemerosotan ekonomi isi keluarga serta kemiskinan atas faktor ketiadaan pekerjaan tetap. Penilaian skor min mendapati tiada pekerjaan berada pada tahap tinggi berbeza dengan pendidikan berada pada tahap sederhana dan kepunyaan utiliti di tahap yang rendah. Tidak terdapat perubahan ke atas rutin penduduk yang hanya menantikan sumbangan dan bantuan daripada kerajaan atas faktor masalah kesihatan, kekurangan keperluan asas dan tanggungjawab yang pelbagai. Oleh itu, kajian ini menyumbang kepada pentingnya perlaksanaan perubahan sosio-ekonomi dalam kalangan penduduk untuk mengurangkan kadar kemiskinan seterusnya menjadikan Kg. Sg. Budor sebagai satu pemboleh ubah untuk mengubah kehidupan. Di samping itu, kajian ini memberikan kefahaman dan tindakan kepada pihak berkepentingan dalam memastikan pembangunan terhadap Kampung Sungai Budor dalam memastikan kemenjadian Kampung Sg. Budor sebagai kawasan luar bandar yang kolektif dan berdaya saing dan dimajukan sebagai salah satu pusat pelancongan.

Item Type:Article
Keywords:Kampung Sungai Budor; Pembangunan komuniti; Pendidikan; Sosio-ekonomi; Kelantan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20728
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2022 06:15
Last Modified:13 Dec 2022 04:12

Repository Staff Only: item control page