Engku Mardiah Engku Kamarudin, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Norulhuda Sarnon, and Aizan Sofia Amin, (2018) Aspek kesedaran kendiri dalam kalangan pesakit di klinik terapi rawatan dadah gantian : satu kajian rintis di Kajang. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 13 (3). pp. 234-248. ISSN 1823-884x
|
PDF
433kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121
Abstract
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek kesedaran kendiri pesakit yang mendapatkan rawatan penagihan dadah dengan menggunakan dadah gantian Methadone. Kajian ini dijalankan terhadap 50 orang pesakit di sebuah Klinik Rawatan Penagihan Swasta di Kajang Selangor, dan ianya dikawal selia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Bagi mengukur aspek Kesedaran Kendiri ini, soal selidik Scale for Self-Consciousness Assessment (SSCA) telah digunakan. Soal selidik ini mempunyai 24 item dan menggunakan skala Likert 5 mata dan mengukur dua sub konstruk, iaitu Kesedaran Kendiri Peribadi (KKP) dan Kesedaran Kendiri Umum (KKU). Dapatan kajian menunjukkan, secara keseluruhannya aspek kesedaran kendiri responden mempunyai skor min yang hampir sama bagi setiap konstruk KKP dan KKU melebihi 3.00. Selain itu, dapatan juga menunjukkan faktor-faktor yang berada dalam KKP iaitu Reflektif Kendiri dan Pengetahuan Diri, serta faktor dalam KKU iaitu Penampilan dan Padanan Sosial mempunyai min yang hampir sama dan tiada faktor yang dikatakan lebih dominan. Kesimpulannya, aspek kesedaran kendiri responden adalah baik dan Instrumen SSCA mempunyai potensi besar untuk diketengahkan sebagai alat ukur psikometrik kepada sampel yang lain. Dicadangkan kajian masa hadapan meneroka lebih lanjut lagi perkaitan aspek kesedaran kendiri dengan pembolehubah yang lain seperti Keazaman atau Efikasi Kendiri bagi mengenal pasti konsep kendiri sebenar penagih-penagih dadah di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kesedaran kendiri; Kesedaran kendiri umum; Kesedaran kendiri peribadi; Penagih dadah; Rawatan terapi gantian |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20729 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Dec 2022 06:25 |
Last Modified: | 13 Dec 2022 04:13 |
Repository Staff Only: item control page